Anjing Menyahut Seruan Azan
June 10th, 2009 by admin
Baru balik dari KL selepas menghantar anak mendaftar di sebuah kolej di Bangi. Letih badan belum hilang lagi. Tapi takut kalau tunggu, hilang letih maka hilang pulak cerita.
Jam 7 pagi bertolak ke Bangi dari Selayang, tempat bertanggak. Sesampai di sana anak saya terus masuk dewan pendaftaran, kerana segala dokumen dan bayaran telah dibereskan awal-awal lagi. Tidaklah kelam kabut nak mengisi borang atau membuat bayaran last minute.
Jam 10.30 terus ke hostel ambil kunci dan hantar barang-barang. 12.30 ada taklimat untuk ibu bapa yang di sampaikan oleh Timbalan Reaktor. Dalam penerangan yang diberikan saya merasa agak yakin untuk meninggalkan anak di kolej tersebut bila disebutnya “Apa yang dihalalkan syarak maka halallah bagi kolej dan apa yang diharamkan oleh syarak maka haramlah bagi kolej”.
Ada ibu bapa yang bertanya “kami telah menjaga dan mendidik serta anak-anak berada dalam kawalan sepanjang mereka bersama kami, tapi kami akan meninggalkan mereka di bawah jagaan kolej”. Lalu ibu tersebut bertanya “adakah pihak kolej akan mengadakan kawalan atau pantauan dan mengadakan progrem-progrem seperti tazkirah dan usrah untuk mendidik anak remaja yang merasakan mereka akan bebas dari kawalan ibubapa”?.
Jawapannya pun sangat menyenangkan hati ibubapa, bila dijelaskan “visi dan misi kolej adalah selari dan sama dengan apa yang diutarakan oleh ibu tersebut, kerana kolej memang “mewajibkan setiap pelajar menghadiri usrah setiap jumaat tanpa gagal. Jika gagal maka diploma atau ijazah mereka akan ditahan.
Dalam menutup ucapannya Timbalan Reaktor menyeru ibubapa supaya selalu mengingatkan anak-anak akan solat dengan menghantar sms setiap subuh…. dan berharap ibubapa selalulah datang ke “Negeri Berkebajikan” ini. Bertanya seorang peserta “Bukan perli ye?”. Lantas dijawab oleh Tuan Haji beliau berkata benar dan bukan perli atau sindiran.
Legalah sikit bila mendengar penjelasan tu. Setelah habis taklimat kami pun ke masjid untuk solat zohor walaupun agak lewat sikit. Di dalam masjid saya tengok pelajar “asyik” membaca Al-Quran. Di sebelah luar ada dua kumpulan pelajar sedang ditasmikkan oleh pensyarah mereka. Beruntunglah mak bapak mereka….


Dua kumpulan pelajar sedang memperdengarkan hafazan mereka kepada Pensyarah

Ustaz Muda
Setelah semuanya selesai kami pun balik dan singgah di rumah adik saya di Kampung Cheras Baru. Badan terasa letih dan mata pun mengantuk. Apa lagi lenalah sekejap.
Sedang saya melayan mata yang mengantuk itu, terdengar “laungan” anjing yang mendayu-dayu. “Salak hantu” kata anak saudara saya. Salakan yang mendayu itu bukan oleh seekor tapi selagi ada anjing di kawasan itu kata adik ipar saya.
Seolah-olah anjing-anjing itu menyahut seruan azan yang dilaungkan oleh muazin di masjid. Yang pasti, setiap kali azan dilaungkan di masjid berhampiran setiap kali itulah anjing-anjing itu akan “menyahut” seruan azan tersebut. Yang paling jelas ialah pada waktu subuh kerana di waktu itu suasana sunyi.
Apakah misterinya taklah diketahui. Munkinkah kerana manusia dah malas nak jawab azan lalu Allah gantikan dengan anjing!? Atau mungkinkah hari kiamat dah terlalu hampir….
Jika ada sesiapa nak mendengar sendiri bolehlah ke Kampung Cheras Baru Kuala Lumpur berhampiran dengan bulatan Jalan Kuari- MRR2. Tapi kenalah tunggu hingga masuk waktu solat.
- Posted in umum











Ustaz muda??… heheee..
Mak Yang sgt girang nampaknye…
Tahniah adik2 ku yg br mendaftar di KUIS.