ATM dimanipulasi, Zahid Hamidi tidak bermoral

August 18th, 2009 by admin

PERMATANG PASIR, 18 Ogos:Setelah Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak dapat lagi berselindung isu hubungan langsung Kementerian Pertahanan yang diketuainya baru-baru ini dengan negara haram Israel, Pengerusi Perhubungan Umno Pulau Pinang itu sekali lagi menggamit perhatian khalayak apabila Kor Perubatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ditempatkan dalam ‘bangsal’ Umno di Masjid Permatang Pasir sejak petang semalam.

Jika dalam pilihan raya kecil Manik Urai dahulu, Dr Zahid boleh mengatakan usaha memperbaiki beberapa kediaman pengundi di sana adalah inisiatif ATM sendiri untuk mendekati rakyat, di Permatang Pasir alasan yang serupa tidak boleh lagi digunakannya untuk menjayakan kempen secara tidak langsung bagi memenangkan calon Barisan Nasional (BN) Rohaizat Othman.

Naib Presiden PAS, Dato’ Mahfuz Omar yang juga Ketua Pengarah Operasi Jentera Permatang Pasir menyifatkan tindakan Dr. Zahid itu sebagai tidak bermoral.

Katanya, sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Negeri, Dr. Zahid sanggup melakukan apa sahaja demi memastikan majoriti undi calon Pakatan Rakyat Mohd, Ustaz Salleh Man menguncup.

“Ianya bukan hanya menggunakan khidmat ketenteraan untuk tugas-tugas perubatan percuma mewakili Umno-BN ke atas pengundi semata-mata; malah menggunakan kepakaran yang lebih strategik seperti membawa masuk ‘pengundi hantu’, penipuan kertas undi dan sebagainya tidak mustahil digunakan BN dalam pilihan raya kecil kali ini,”jelasnya kepada Harakahdaily semalam. Image

Sambil menyifatkan tindakan Dr. Zahid bertujuan mengekang pengundi setempat bersama mengekalkan kemenangan Pakatan di sini, Mahfuz turut menjelaskan bahawa jenteranya sedang membuat beberapa konsultansi perundangan dan politik peringkat akhir sebelum memanjangkan hal ini kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) serta beberapa pihak berwajib hari ini.

“Berdasarkan beberapa dokumen sulit kementerian terbabit yang mendedahkan konspirasi peringkat tertinggi antara ATM dan BN dalam memenangkan calon Umno di Manek Urai dalam perbahasan Sidang Parlimen lepas; Mahfuz menegaskan bahawa Dr. Zahid langsung tidak menjawab secara lisat atau bertulis sehingga sekarang.

Meninjau di tempat kejadian lewat petang semalam, kelihatan hanya sebuah van kecemasan ATM (ambulans), sebuah trak tentera yang sarat dengan muatan ubat-ubatan dan perkakas klinikal, dan beberapa individu berseragam lengkap tentera yang dipercayai Doktor dan Pembantu Perubatan ATM.

Semasa hari pencalonan semalam,calon Pakatan Rakyat dari PAS, Ustaz Mohd Salleh Man akan bertembung satu lawan satu dengan calon Barisan Nasional dari Umno, Rohaizat Othman, Image

Nama kedua-dua mereka disahkan sebagai calon selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menolak 15 bantahan yang dibuat terhadap mereka.

Usaha seorang pakar motivasi Kamarul Ramizu Idris, yang pernah bertanding di Bukit Gantang dan Penanti untuk menjadi calon tidak kesampaian apabila beliau terlambat menghantar kertas pencalonan melebihi masa yang ditetapkan iaitu sebelum jam 10 pagi. - Harakahdaily

Share/Save/Bookmark

,

One Response to “ATM dimanipulasi, Zahid Hamidi tidak bermoral”

  1. muhaiminsulam Says:

    salam. rasa sedih kehilangan mat ayam yang terpisah sejak 1983. Sejak keluar daripada Asrama Perak, langsung tak jumpa. Hanya kenangan manis dengan allahyarham yang tinggal. Sampaikan salam aku pada keluarganya. Allahyarham masuk UUM (kalau tak silap) selepas habis STPM di Asrama Perak. Dia bijak dalam ekonomi. Walaupun dia selalu kalut dan kelam kabut tetapi dia memang kuat study.

    Lama tak sembang dengan kekawan Asrama Perak. Terima kasih menghubungi aku yang jauh. Selamat berpuasa.
    Sampaikan salam pada kawan-kawan kita di Teluk INtan.

    Wassalam.

Leave a Reply

RSS Feed