Peta Lokasi Kuil Seksyen 19

August 31st, 2009 by admin

Memandangkan persoalan kuil Seksyen 19 yang ingin dipindahkan telah menjadi isu Nasional, saya sertakan di sini peta-peta yang menunjukkan kedudukan lokasi-lokasi yang relevan berhubung persoalan ini. Oleh yang demikian, tuan-tuan boleh menilai sendiri samada tapak cadangan di Seksyen 23 adalah wajar atau sebaliknya.

[PETA 1 - Seksyen 19,20,22 dan 23]

Peta pertama menunjukkan kedudukan Seksyen 19, 20, 22 dan 23 serta kedudukan kuil di Seksyen 19, tapak cadangankan asal oleh BN di Seksyen 22 dan tapak yang dicadangkan di Seksyen 23. Harap diberi perhatian bahawa Seksyen 22 merupakan kawasan Industri berat (berwarna gelap) tanpa adanya rumah berhampiran sepertimana peta yang kedua. Dakwaan Seksyen 22 adalah kawasan majoriti masyarakat India adalah dakwaan palsu.

[PETA 2 - Seksyen 22]

Peta ketiga menunjukkan ‘close-up’ Seksyen 19 dan bagaimana Kuil berkenaan dikelilingi rumah. Jarak di antara rumah terdekat dan Kuil adalah lebih kurang 20 kaki iaitu selebar jalan.

[PETA 3 - Seksyen 19]

View Larger Map
Peta keempat adalah ‘close-up’ lokasi di Seksyen 23. Harap diberi perhatian bahawa kedudukan yang dicadangkan adalah dipinggir kawasan Industri Seksyen 23. Jarak rumah terdekat ke Kuil adalah 200 meter atau 600 kaki iaitu 30 kali lebih jauh dari di Seksyen 19. Begitu juga dengan jarak dari tapak cadangan kuil ke surau. Di antara rumah dan kuil terdapat dewan orang ramai dan taman permainan kanak-kanak. Di antara Surau dan kuil adalah rumah pencawang TNB dan taman permainan kanak-kanak yang sama.

[PETA 4 - Seksyen 23]

View Larger Map
Mungkin bagi orang-orang tertentu tiada bezanya di antara Seksyen 19 dan 23. Kedua-duanya kawasan majoriti ummat Islam. Namun harap maklum, Kuil Seksyen 19 dipindahkan BUKAN kerana Seksyen 19 merupakan kawasan majoriti ummat Islam. Ia dipindahkan kerana Kuil tersebut berada di depan rumah orang (20 kaki). Kawasan itu juga tidak mempunyai tempat parkir kereta dan ini menyebabkan kesesakan berlaku apabila pihak Kuil mengadakan upacara mereka.

Terdapat juga segelintir golongan yang bagaikan tidak sanggup ‘melihat’ kuil dan tok kong. Walau jauh macam mana sekalipun, sekiranya mereka buka jendela rumah dan dapat melihat ‘bumbung kuil atau tok kong’, mereka menjadi bagaikan dirasuk. Adakah wajar sikap ‘ekstrimis’ yang seperti ini disebuah negara yang diwarnai dengan kepelbagaian kaum dan agama?

WaLlahu ‘Alam
KHALID SAMAD

Share/Save/Bookmark

Hukuman Sebat

August 27th, 2009 by admin

Isu ini sangat penting untuk difahami oleh orang Islam lebih-lebih lagi bagi bukan Islam kerana apabila disebut sebat, maka “melompatlah” mereka yang tidak faham atau sengaja tak mahu faham.
Terdapat perbezaan yang sangat besar dari segi pelaksanaan sebatan dan mempunyai kesan yang berbeza bagi orang yang bersalah baik dari segi jasmani mahu pun dari segi rohani.
Demi untuk menegakkan syariat dan syiar Islam maka saya sebarkan fakta ini yang saya ambil di sini.
INFO UNTUK
ORANG BUKAN ISLAM YANG TIDAK TAHU,
ORANG ISLAM YANG JAHIL @
SENGAJA MENJAHILKAN DIRI!

SEBAT CARA ISLAM

SEBAT CARA SIVIL

Dibogelkan begitu saja!!!

Sangat menyakit dan mengerikan.


Maklumat Ringkas:
SEBAT CARA ISLAM
1. Panjang rotan tidak lebih 1.22 meter , tebal tidak lebih 1.25 sm
2. Jika pesalah hamil, hukuman dilaksanakan selepas 2 bulan melahirkan anak.
3. Sebatan tidak boleh kena muka, kepala, perut, dada atau bahagian sulit.
4. Pesalah lelaki disebat berdiri manakala perempuan dalam keadaan duduk.
5. Sebatan dengan kekuatan sederhana.
6. Tukang sebat tanpa mengangkat tangannya melebihi kepala.
7. Tidak melukakan kulit pesalah.

SEBAT CARA SIVIL
1. Rotan yang digunakan terdiri daripada berbagai-bagai saiz.
2. Pesalah akan ditanggalkan pakaiannya dan digantikan dengan pakaian cawat.
3. Pakaian cawat hanya menutupi bahagian kemaluan depan sahaja.
4. Bahagian daging punggung akan terdedah untuk disebat.
5. Pesalah akan dibaringkan secara berdiri pada patung yang dikhaskan dan diikat kedua kaki dan tangan.
6. Sesetengah tukang sebat menyebat dengan cara terus.
7. Sesetengah tukang sebat menyebat dengan cara sentapan.
8. Sebatan dengan cara sentapan lebih menyakitkan kerana pesalah dapat merasakan cebisan kulit tersentap keluar.



“YANG MANA ADIL, YANG MANA ZALIM?”

Berkaitan:
Presiden PAS: Hukuman rotan syariah tidak melukakan
…Hukuman yang dirujuk sebagai pelaksanaan hukum Islam di bawah Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4 enakmen sama (pindaan 1987) sebenarnya masih tidak mengikut prinsip syarat hukum Islam yang sebenar.

Di bawah hukum Islam, kesalahan meminum arak adalah diletakkan di bawah hukum hudud, iaitu satu hukum yang dinaskan mengikut Al-Quran dan hadis Rasulullah SAW….

Apa yang paling penting untuk difahami ialah cara sebatan yang dilaksanakan di dalam penjara sekarang adalah sangat berbeza dengan kaedah sebenar hukum Islam, kerana mengikut Islam sebatan ini perlu mengambil kira keadaan dan kesihatan pesalah, selain dari memastikan pesalah dalam keadaan sepenuhnya berpakaian menutup aurat.

Alat sebatan dan kaedah merotan hendaklah juga sederhana, antaranya bila sebatan dilaksanakan tangan tidak boleh diangkat sehingga menampakkan ketiak.

Sebatan juga tidak boleh sampai mencederakan, dan sebatan dilakukan di beberapa tempat pada badan dan bukannya pada satu tempat sahaja.

Dalam Islam, hukuman ini bukan bersifat untuk menyeksa tetapi bersifat mendidik pelaku kesalahan serta mendidik masyarakat awam supaya gerun untuk melakukan perbuatan itu lagi….

Share/Save/Bookmark

Lembutnya Hati Dr Mahathir

August 26th, 2009 by admin

Sayunya hati ku bila baca ayat-ayat yang ditulis oleh Dr Mahathir @ Che Det. Lembutnya hati tuanya itu bila mengulas tentang “penderitaan”  Tan Sri Kasitah Gadam yang sangat-sangat “tersiksa” selama lima tahun.

“Kawan saya Eric Chia juga telah melalui tuduhan dan pengalaman yang sama. Akhirnya dia didapati tidak bersalah. Tidak lama selepas itu dia meninggal dunia.”

Uh Uh Uh kesiannya.....

Huu…Huuu… aku pun menangis…. tak larat rasanya nak menaip…. bacalah sendiri dan nilailah sendiri di sini

Setelah anda menangis tersedu-sedu, bayangkan pula kesiksaan, kesakitan, penderitaan yang dialami DS Anuar Ibrahim.

lebam-216x300

Agaknya TS Kasitah Lebam dua-dua mata?

Share/Save/Bookmark

Hukum Dedahkan Kesalahan Pemimpin

August 26th, 2009 by admin

Hukum Mendedahkan Kesalahan Pemimpin
Hukum mengumpat

Mengumpat ialah mendedahkan sesuatu perkara yang betul-betul ada pada seseorang yang tidak disenangi penghebahannya oleh orang tersebut sama ada perkara tersebut adalah perbuatan atau sifat kejadian.

Hukum asal kepada mengumpat adalah haram kerana dengan mengumpat, aib seseorang muslim itu akan didedahkan kepada orang ramai sedangkan Islam mewajibkan para muslim untuk menyembunyikan aib seseorang.
Namun di dalam beberapa keadaan mengumpat dibenarkan oleh Islam.

Al-Imam Al-Ghazali dan Al-Imam Al-Nawawi[1] mendedahkan kepada kita 6 keadaan perbuatan mengumpat itu dibolehkan oleh Syarak. Kesimpulannya adalah seperti berikut

1. Orang yang dizalimi membuat aduan kepada pihak pemerintah seperti Khalifah dan hakim ataupun kepada orang yang mempunyai kemampuan berkaitan dengan individu yang menzaliminya agar kezaliman itu akan dibanteras.

2. Perbuatan mengumpat itu adalah bertujuan untuk membasmi kemungkaran seperti apabila seseorang berkata kepada orang yang mempunyai kemampuan untuk mengubah kemungkaran “Si Fulan melakukan kemungkaran maka cegahlah ia daripada kemungkaran tersebut”. Namun hendaklah niat mengumpat tadi semata-mata kerana ingin mencegah kemungkaran.

3. Meminta fatwa daripada seorang mufti yang mana orang yang bertanya terpaksa menggunakan umpatan bagi menjelaskan masalahnya kepada sang mufti. Contohnya si penanya bertanya “Ayah saya menzalimi saya kerana sebab begini dan begini. Bagaimanakah cara untuk saya mendapatkan hak saya?”

4. Memberikan peringatan kepada para muslim terhadap kejahatan seseorang agar setiap orang dapat menghindari kejahatannya.

5. Apabila seseorang itu menzahirkan kemungkaran yang dilakukannya. Maka ketika itu tidak mengapa seandainya kita menghebahkan kepada masyarakat kejahatan yang dilakukannya kerana dia sendiri telah pun menzahirkan kejahatannya secara terang-terang. Walaubagaimanapun kejahatan yang dibenarkan untuk didedahkan hanyalah perbuatan munkar yang dilakukannya secara terang-terangan. Adapun kejahatan lain yang dilakukannya secara bersembunyi maka haram hukumnya untuk didedahkan kepada masyarakat umum.

6. Mengumpat dengan tujuan mengenali seseorang. Apabila seseorang individu dikenali dengan sesuatu aib yang ada pada dirinya maka kita boleh menggunakan gelarannya yang merupakan aib tersebut atas tujuan untuk mengenali orang tersebut. Namun kebenaran ini dibolehkan dengan syarat si pemilik aib tersebut tidak merasa marah dengan gelaran aib yang disandarkan kepadanya selepas gelaran tersebut dikenali oleh orang ramai.

Kesimpulan

Hasil daripada 6 keadaan yang dibolehkan mengumpat ini, kita dapati bahawa mendedahkan kezaliman dan kemungkaran yang dilakukan oleh pemerintah UMNO pada hari ini adalah dibenarkan oleh Syarak atas sebab-sebab berikut:

1. Kemungkaran yang dilaksanakan oleh pemimpin UMNO pada hari ini seandainya tidak didedahkan kepada masyarakat, maka masyarakat akan tertipu dengan zahir kebaikan mereka lantas mereka akan memilih UMNO sebagai parti yang memerintah. Namun apabila penyelewengan pemimpin-pemimpin UNMO didedahkan kepada masyarakat, maka ia akan mendorong mereka untuk menggantikan pemimpin-pemimpin lain yang amanah terhadap Islam dan rakyat.

Ini bermakna tindakan mendedahkan kesalahan mereka adalah kerana ingin mengelakkan masyarakat daripada ditimpa oleh kejahatan mereka yang tidak mahu meletakkan Islam sebagai pemutus kepada setiap keputusan negara.

Al-Imam Al Nawawi menyatakan di dalam syarah Sohih Muslim contoh-contoh ghibah dan umpatan yang dibenarkan:

ومنها أن يكون له ولاية لا يقوم بها على وجهها لعدم أهليته أو لفسقه فيذكره لمن له عليه ولاية ليستدل به على حاله
فلا يغتر به ويلزم الاستقامة
Maka kalaulah pada zaman Khilafah Islamiah, seseorang rakyat boleh mendedahkan kepada Khalifah keburukan para menteri yang berada dibawahnya yang tidak amanah dengan harapan khalifah dapat menegurnya ataupun menggantikannya dengan menteri yang baru, maka kita pada hari ini boleh untuk mendedahkan kepada rakyat kezaliman pemerintah dan tidak amanahnya mereka terhadap Allah dan rakyat kerana rakyat berkuasa untuk menjatuhkan pemimpin seperti ini di dalam pilihanraya di bawah sistem demokrasi pada hari ini.

2. Kemungkaran yang dibuat oleh pimpinan UMNO pada hari ini kebanyakannya dibuat secara terang-terangan. Maka ketika itu Islam tidak melarang mana-mana individu untuk mendedahkan kejahatan yang dilakukan secara zahir tersebut kepada rakyat dan orang awam.

Al Iman Al-Ghazali berkata:

وكانوا يقولون ثلاثة لا غيبة لهم الإمام الجائر والمبتدع والمجاهر بفسقه

Maka ini dengan jelas membuktikan bahawa pemerintah yang zalim, mendedahkan kezaliman mereka adalah dibenarkan agar masyarakat dapat selamat daripada kezaliman mereka. Pemerintah yang zalim juga telah pun membuat kezaliman tersebut secara terang-terangan.

Dari konsep kenegaraan pada hari ini, menyelamatkan masyarakat daripada kezaliman pemerintah adalah dengan cara tidak memberikan undian kepada mereka pada musim pilihanraya.

3. Pendedahan kejahatan para pemerintah pada hari kepada masyarakat adalah atas sebab kita ingin meminta bantuan masyarakat untuk mengubah kezaliman pemerintah dengan cara menjatuhkan mereka di dalam sistem demokrasi yang digariskan oleh perlembagaan Malaysia.

Penutup

Walaupun kita dibenarkan mendedahkan kepada rakyat kejahatan dan kezaliman para pemimpin yang zalim, namun keharusan ini hendaklah atas dasar ingin mencegah kemungkaran iaitu membiarkan kuasa penentu adalah ditangan manusia dan bukannya Islam.

Namun, seandainya kemungkaran yang dilakukan oleh para pemimpin adalah kemungkaran yang hanya berkait antara dia dan Allah yang tidak melibatkan sebarang kezaliman kepada insan lain atau rakyat seperti berzina dan minum arak, maka haram hukumnya kita mendedahkan kejahatan yang disembunyikan oleh pemimpin tersebut kerana dengan menyebarkan kepada masyarakat umum, ini akan mendedahkan aib seseorang itu. Selagi mana kemungkaran itu tidak dilakukan secara terang-terangan maka kita tidak boleh mendedahkannya kepada masyarakat.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang menutup keaiban seseorang Muslim, nescaya Allah akan menutup keaibannya di dunia dan akhirat kelak.” (Hadis riwayat Muslim)

Menjelaskan mengenai perbuatan mendedahkan keaiban ini, Ibn Hajar dalam Kitab Fath al-Mubin membahagikan manusia kepada dua golongan,
pertama ialah orang yang tidak pernah disebut melakukan kejahatan atau kemungkaran; jika terdengar atau diketahui bahawa mereka melakukan sesuatu kemungkaran, maka tidaklah harus didedahkan atau diperkatakan.Jika tetap diperkatakan atau didedahkan juga kemungkaran yang didengari itu, maka ia menjadi umpat yang hukumnya haram dan amat berat dosanya.
Kedua , orang yang sudah terkenal dengan kejahatan atau kemungkarannya secara terang-terangan, malahan tidak mempedulikan sebarang nasihat diberikan dan tidak malu melakukan kejahatan secara terbuka; harus didedahkan keaibannya. Mendedah dan bercakap mengenai kejahatan mereka dalam situasi ini tidak lagi dianggap mengumpat.
Malah ada kalanya wajib didedahkan kejahatannya kepada orang ramai, supaya mereka sentiasa berwaspada dengan tingkah lakunya kerana jika didiamkan tentulah ia bermaharajalela dan kejahatannya semakin hari akan bertambah sehingga membahayakan masyarakat.
[1] Nas Al-Imam Al-Nawawi adalah seperti berikut:
قال الإمام النووي في شرح مسلم باب تحريم الغيبة:

“والغيبة ذكر الانسان في غيبته بما يكره واصل البهت أن يقال له الباطل في وجهه وهما حرامان لكن تباح الغيبة لغرض شرعي وذلك لستة أسباب

أحدها التظلم فيجوز للمظلوم أن يتظلم الي السلطان والقاضي وغيرهما ممن له ولاية أو قدرة علي انصافه من ظالمه فيقول ظلمني فلان أو فعل بي كذا

الثاني الاستغاثة على تغيير المنكر ورد العاصي إلى الصواب فيقول لمن يرجو قدرته فلان يعمل كذا فازجره عنه ونحو ذلك

الثالث الاستفتاء بأن يقول للمفتي ظلمني فلان أو أبي أو أخي أو زوجي بكذا فهل له ذلك وما طريقي في الخلاص منه ودفع ظلمه عني ونحو ذلك فهذا جائز للحاجة والاجود أن يقول في رجل أو زوج أو والد وولد كان من أمره كذا ومع ذلك فالتعيين جائز لحديث هند وقولها أن أبا سفيان رجل شحيح

الرابع تحذير المسلمين من الشر وذلك من وجوه
· منها جرح المجروحين من الرواة والشهود والمصنفين وذلك جائز بالاجماع بل واجب صونا للشريعة
· ومنها الاخبار بعيبه عند المشاورة في مواصلته
· ومنها اذا رأيت من يشتري شيئا معيبا أو عبدا سارقا أو زانيا أو شاربا أو نحو ذلك تذكره للمشتري اذا لم يعلمه نصيحة لا بقصد الايذاء والافساد
· ومنها اذا رأيت متفقها يتردد إلى فاسق أو مبتدع يأخذ عنه علما وخفت عليه ضرره فعليك نصيحته ببيان حاله قاصدا النصيحة
· ومنها أن يكون له ولاية لا يقوم بها على وجهها لعدم أهليته أو لفسقه فيذكره لمن له عليه ولاية ليستدل به على حاله فلا يغتر به ويلزم الاستقامة

الخامس أن يكون مجاهرا بفسقه أو بدعته كالخمر ومصادرة الناس وجباية المكوس وتولي الامور الباطلة فيجوز ذكره بما يجاهر به ولا يجوز بغيره الا بسبب آخر

السادس التعريف فاذا كان معروفا بلقب كالاعمش والاعرج والازرق والقصير والاعمى والاقطع ونحوها جاز تعريفه به ويحرم ذكره به تنقصا ولو أمكن التعريف بغيره كان أولى والله اعلم”

Share/Save/Bookmark

Kemenangan Calon Pakatan Rakyat Dalam PRK DUN Permatang Pasir

August 26th, 2009 by admin

Oleh Anwar Ibrahim

Alhamdulillah, saya panjatkan kesyukuran atas kemenangan calon Pakatan Rakyat dalam Pilihanraya Kecil DUN Permatang Pasir .Meskipun berbulan-bulan diasak fitnah sebagai pengkhianat bangsa dan berhadapan pembelotan, jelas kemenangan hari ini membuktikan rakyat menolak politik acuan pimpinan UMNO-BN yang memecahbelahkan.

Penghargaan yang tidak terhingga saya ucapkan kepada seluruh jentera pilihanraya kecil yang tetap bersabar mengharungi kepayahan dalam bulan Ramadhan ini. Kepada YB Tuan Haji Salleh Bin Man, tahniah diucapkan atas kejayaan ini. Maka bermulalah tugas untuk menunaikan amanah dan mandat yang diberikan oleh rakyat.

Kemenangan dengan majoriti meyakinkan ini ternyata menzahirkan keyakinan rakyat Malaysia terhadap Pakatan Rakyat, juga hasrat mereka yang sentiasa bergelora mahukan Perubahan dan melihat masa depan Pakatan Rakyat yang lebih gemilang.

ANWAR IBRAHIM
Ketua Pembangkang
Dewan Rakyat Malaysia

Share/Save/Bookmark

,

Kemenangan Badar Sughro

August 26th, 2009 by admin


PERMATANG PASIR, 25 Ogos - “Kemenangan yang dianugerahkan pada pilihan raya ini merupakan hadiah dari Allah untuk semua perjuang yang cintakan kebenaran.

Pengarah pilianaraya kecil, Dato’ Mahfuz Omar ketika dihubungi wartawan TE@M I.T merasa sukacita dengan kemengan ini dan menyatakan pencapaian pengundian pilihanraya ini merupakan ‘trend’ pilihanraya yang bakal dihadapi pada pilihanraya umum ke 13 nanti.

“Trend ini juga membuktikan bahawa rakyat pada hari ini menolak pemerintahan UMNO dan BE END,” ujar Mahfuz yang menyambut hari kelahirannya yang ke 52 hari ini.

Sehubungan dengan itu beliau juga melahirkan rasa kesal kerana SPR tetap mengadakan piliharaya kecil ini pada hari bekerja.

Menurut ahli parlimen Pokok Sena, sekiranya pilihanraya ini diadakan pada hari cuti, peratusan pengundi yang mengundi akan lebih meningkat berbanding 72.78 peratus yang keluar mengundi hari ini.

Justeru itu, menurut pemantauan beliau, terdapat ramai di kalangan pengundi yang berada di perantauan dan bekerja di luar kawasan tidak diberikan cuti bekerja untuk pulang mengundi.

“Sekiranya pihak majikan memberikan cuti dan kemenangan piliihanraya berpihak kepada PAS, perkara itu tidak sedikitpun menjejaskan pemerintahan parti yang sedang memerintah pada masa ini,” nyata Mahfuz dengan kesal.

Beliau yang dihubungi ketika berada di Markaz Induk itu turut merakamkan ucapan terima kasih kepada semua petugas yang bertungkus-lumus berusaha untuk memenangkan Parti Islam Semalaysia PAS sama ada petugas-petugas tempatan atau  dari luar.

Bagi petugas IT  di Pilihanraya kecil ini, kami juga turut mengucapkan Selamat hari lahir yang ke 52 kepada Naib Presiden PAS Pusat, Dato’ Mahfuz Omar dan mendoakan semoga Allah memberkati usaha kita dalam menegakkan syiar Islam di tanah air ini.prkn11penang

Share/Save/Bookmark

Keputusan Terkini PRK N11 Permatang Pasir

August 25th, 2009 by admin

**refresh untuk mengemaskini keputusan tidak rasmi
: 9618
: 5067
MAJORITI : 4551
JUMLAH UNDI ROSAK : 83

Tahniah Atas Kemenangan Rakyat!!

Takbir!!!  Takbir!!! Takbir!!!

Share/Save/Bookmark

,

Amanat TG Nik Aziz

August 25th, 2009 by admin

N11 Permatang Pasir : Amanat Untuk Pengundi


“Mari kita sama-sama perbesarkan majoriti kita di DUN N11 Permatang Pasir ini agar menjadi kekal, tidak kurang dari 5,000 undi, sekurang-kurangnya untuk ujian pada 25 Ogos 2009.

“Tinggalkan Umno dengan syurga politik wangnya. Mari kita terus istiqamah untuk tetap berada di tengah-tengah gelora kesedaran rakyat demi menafikan Umno-BN yang sudah laih dan kehilangan stamina mulai sekarang,” katanya.

Beliau juga meminta agar digunakan kesempatan pilihan raya kecil kali ini dengan penuh cermat.

“Walaupun kita berpuasa dan kemungkinan kita boleh jadi letih tetapi tidakkah Peperangan Badar yang berlaku dalam bulan Ramadan itu pernah membawa kemenangan yang besar?

“Tiada perbuatan yang lebih mulia pada hari mengundi di bulan Ramadan pada kali ini melainkan memangkah parti yang boleh membela maaruf dan kebaikan; sekali gus menolak kemungkaran, rasuah, kezaliman dan ketidakadilan,” katanya lagi.

Sumber : Cenangau

Amanah Tuan Guru Presiden PAS

kepada Pengundi-Pengundi

Permatang Pasir

postercalon

Pendidikan/Latihan -
  • Pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Permatang Buluh Seberang Perai.
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Kepala Batas.
  • Madrasah Khairiah Islamiah, Pokok Sena, Seberang Perai.
  • Mempunyai Kelulusan 5 Senawi.
  • Sekolah Menengah P.G.A.S.
  • Yayasan Pengajian Tinggi Islam, Nilam Puri, Kelantan.
  • Melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi di Universiti Malaya dengan Ijazah Sarjana Muda Syariah.

Pengalaman Kerja -

  • Berkhidmat sebagai pegawai masjid.
  • Penceramah bebas.
  • Pengarah syarikat enterprise.
  • Pengurus sekolah swasta.

Penglibatan Dalam Politik -

  • Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Tasik Gelugor (1987-1989)
  • Yang DiPertua PAS Kawasan Tasek Gelugor (1990-1993)
  • Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Negeri Pulau Pinang (1994-1997)
  • Ketua Dewan Ulama’ PAS Negeri Pulau Pinang (1998-2001)
  • Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang (2007 hingga sekarang)

Sumber : Perisik Rakyat

Share/Save/Bookmark

,

UMNO Islam Plastik - Tok Guru

August 24th, 2009 by admin

Dalam transkripsi kenyataannya, beliau berkata:

“Tiada sebab langsung orang Islam tolak Islam. Islam yang dibawa oleh Umno ini Islam kacukan, Islam plastik. Macam duit palsu, ubat palsu, makanan palsu. Ini Islam palsu yang dibawa Umno.

“Islam ini tidak boleh bawa ke akhirat, tidak boleh bawa ke syurga, dia boleh bawa dekat pintu kubur. Bertengkar atas muka tak habis-habis dengan Melayu sendiri boleh bertengkar.”

KUALA LUMPUR, 23 Ogos: Laporan media kononnya Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan Umno mengamalkan ‘Islam Palestin’ jauh sekali dengan apa yang dimaksudkan oleh Mursyidul Am PAS itu.

“Yang dimaksudkan oleh Tok Guru adalah ‘Islam plastik’ bukan Islam Palastin,” kata Exco kanan kerajaan negeri Kelantan, Datuk Husam Musa.

Beliau berkata demikian ketika melancarkan buku karangan Nik Aziz, ‘Dengan NamaMu aku hidup, Asmaul Husna’ di Pusat Persidangan Kuala Lumpur (KLCC) pagi tadi.

Husam menyatakan hal ini di tengah-tengah pengunjung yang lebih 80 peratus dari mereka adalah Cina kerana Bookfest 2009 adalah anjuran sebuah rangkaian kedai buku, Popular Book yang memberikan fokus kepada orang Cina.

Husam dipercayai mengulas laporan media yang melaporkan Nik Aziz menganggap Islam yang diamalkan Umno sebagai Islam Palestin. Ia telah dianggap oleh para pemimpin Umno kemudiannya sebagai PAS menghina Islam yang diamalkan oleh penduduk negara yang sedang bergolak itu.

Image(Husam berdiri di sebelah banting buku yang dilancarkannya. Di sebelah beliau adalah Anual Bakri Haron, Setiausaha Politik Nik Aziz)

“Apabila saya baca transkrip kenyataan Tok Guru, media membuat laporan yang salah apabila berkata dia mendakwa Umno laksana Islam Palestin. Sebenarnya Tok Guru kata Islam plastik bukan Islam Palestin.

“Jauh tu beza antara Islam Palastine dengan Islam plastik,” kata Husam dalam ucapannya itu.

Husam tidak mengulas apa itu Islam Plastik tetapi difahamkan ia adalah Islam tidak asli sebagaimana beza antara bunga plastik dengan bunga asli.

Husam dalam ucapannya juga berkata, buku yang ditulis oleh Nik Aziz berdasarkan kuliah beliau ini adalah satu ilmu yang ditulis berdasarkan ilmu dan amalan yang dilakukan oleh Nik Aziz dalam membentuk masyarakat negara ini.

Buku ini, katanya, bakal menjadi warisan sejarah yang akan dihargai oleh semua kaum di negara ini.

“Saya percaya buku ini bakal menjadi khazanah besar apabila penulisnya sudah tidak ada nanti. Jadi ambillah kesempatan semasa penulisnya hidup untuk membaca ilmu yang sangat luas ini,” katanya.

Beliau mencadangkan agar buku ini diterjemahkan ke dalam bahasa Mandarin selain Inggeris dan Tamil.

Beliau juga mencadangkan agar semua pihak membaca buku mengenai nama-nama Allah ini khasnya ahli politik, peniaga, wartawan dan sebagainya agar ilmunya dapat membetulkan manusia.

“Saya percaya media perkauman yang ada di negara ini akan berubah kalau memahami dengan baik nama-nama Allah ini. Mereka jadi begitu kerana tidak diikat oleh Asmaul Husna Allah,” katanya. _Harakahdaily

Share/Save/Bookmark

Pencurian Jenazah Nabi

August 22nd, 2009 by admin

Saya telah mendengar peristiwa ini dari Prof Dato’ Dr Harun Din beberapa tahun dahulu di Masjid Al Naim (kalau tak silap). Rasanya elok kita renungi dan amati cerita ini dan menyelami dan memahami bagaimana hebatnya usaha dan perancangan kuffar laknatullah hendak menghancurkan Islam.

Apa yang saya ingat Prof Dato’ mengatakan jika jenazah Rasullah s.a.w. berjaya dicuri maka golongan kuffar laknatullah akan mencabar umat Islam mengorek kembali makam Rasullah untuk membuktikan bahawa Rasullah itu tidak benar kerana jika Baginda benar-benar Nabi dan Rasul Jenazahnya pasti berada di makam itu dan tidak reput.

Dan golongan kuffar ini akan mendakwa Islam adalah tidak benar dan sesat. Nauzubillah…

Tetapi Al Quran telah menjelaskan mahfumnya “Manusia itu merancang dan Allah juga merancang, tetapi perancangan Allah itulah yang lebih baik”.

Allah menyelamatkan Nabi Muhammad saw daripada rencana jahat untuk mencuri jenazah Baginda. Peristiwa yang memilukan dan nyaris menampar wajah umat Islam ini terjadi pada tahun 1164 M atau 557 H, sebagaimana telah dicatat oleh sejarawan Ali Hafidz dalam kitab Fusul min Tarikhi Al-Madinah Al Munawarah.

Sebagaimana yang telah kita ketahui bahawa pastinya sebahagian besar orang yang berziarah ke Masjid Nabawi pasti tidak pernah lupa untuk menghampiri makam Rasulullah yang diapit oleh makam Sayyidina Abu Bakar dan Sayyidina Umar. Peristiwa ini berlatarbelakangkan zaman pemerintahan kerajaan Abbasiyah di Baghdad di mana keadaan umat Islam yang semakin lemah dan berdirinya beberapa buah kerajaan Islam di beberapa daerah. Lantaran keadaan itu, dalam diam-diam pemerintah Eropah Kristian telah menyusun rencana untuk mencuri jasad Nabi Muhammad saw.

Setelah terjadinya kesepakatan oleh para penguasa Eropah, mereka pun mengutus dua orang Nasrani untuk menjalankan misi keji itu. Ia dilaksanakan bertepatan dengan musim haji di mana pada musim itu ramai jemaah haji yang datang dari pelbagai penjuru dunia untuk melaksanakan ibadah haji. Kedua orang Nasrani ini menyamar sebagai jemaah haji dari Andalusia yang memakai pakaian khas Maghribi. Keduanya ditugaskan melakukan pengintaian awal kemungkinan untuk mencari kesempatan mencuri jasad Nabi SAW. Setelah melakukan kajian lapangan, keduanya memberanikan diri untuk menyewa sebuah penginapan yang lokasinya dekat dengan makam Rasulullah. Mereka membuat lubang dari dalam kamar menuju ke makam Rasulullah saw. Belum sampai pada akhir penggalian, rencara tersebut telah digagalkan oleh Allah swt melalui seorang hamba-Nya yang akhirnya mengetahui rencana busuk itu.

Sultan Nuruddin Mahmud bin Zanki, bapa saudara kepada Sultan Salahuddin Al-Ayubi yang membuka kota Baitulmaqdis , adalah seorang hamba sekaligus penguasa Islam pada waktu itu yang mendapat petunjuk melalui mimpi akan ancaman terhadap makam Rasulullah. Sultan tersebut telah bermimpi bertemu dengan Rasulullah saw sambil menunjuk dua orang lelaki berambut perang dan berjambang:

“ Wahai Mahmud, selamatkan jasadku daripada maksud jahat kedua orang ini. ”

Sultan Mahmud terbangun dalam keadaan gelisah lalu baginda melaksanakan solat malam dan kembali tidur. Namun, Sultan Mahmud kembali bermimpi berjumpa Rasulullah saw hingga tiga kali dalam satu malam. Lantas baginda memanggil Perdana Menteri, lalu Perdana Menteri menyuruh Sultan Nuruddin Mahmud bin Zanki supaya bersedia untuk bertolak pada malam itu juga dan merahsiakan perjalanan itu.

Malam itu juga Sultan segera mempersiapkan diri untuk melakukan perjalanan dari Damsyik ke Madinah yang memakan masa 16 hari, dengan mengendarai kuda bersama 20 pengawal serta banyak sekali harta yang diangkut oleh puluhan kuda. Sesampainya di Madinah, Sultan langsung menuju Masjid Nabawi untuk melakukan solat di Raudhah dan berziarah ke makam Nabi saw. Sultan bertafakur dan termenung dalam waktu yang cukup lama di depan makam Nabi saw. Pada ketika itu tiada seorang pun tahu akan kedatangan Sultan ke Madinah.

Dalam masa tersebut , baginda tidak tahu untuk berbuat apa lalu Gabenor Madinah dipanggil menghadap oleh Perdana Menteri . Gabenor Madinah disuruh untuk mengumpulkan seluruh penduduk Madinah bagi memudahkan baginda Sultan mengecam muka kedua-dua lelaki tersebut. Lalu Menteri Jamaluddin menanyakan sesuatu:

“ Apakah baginda Sultan mengenal wajah kedua lelaki itu? “

“ Iya ” , jawab Sultan Mahmud.

Maka tidak lama kemudian Menteri Jamaluddin mengumpulkan seluruh penduduk Madinah dan membahagikan hadiah berupa bahan makanan sambil baginda Sultan mencermati wajah orang yang ada dalam mimpinya. Namun Sultan tidak mendapati orang yang ada di dalam mimpi itu di antara penduduk Madinah yang datang mengambil jatah(1) makanan. Lalu Menteri Jamaluddin menanyakan kepada penduduk yang masih ada di sekitar Masjid Nabawi.

“ Apakah di antara kalian masih ada yang belum mendapat hadiah daripada Sultan? ”

” Tidak ada, seluruh penduduk Madinah telah mendapat hadiah daripada Sultan, kecuali dua orang dari Maghribi tersebut yang belum mengambil jatah sedikitpun. Keduanya orang soleh yang selalu berjamaah di Masjid Nabawi.” Ujar seorang penduduk.

Kemudian Sultan memerintahkan agar kedua orang itu dipanggil. Dan alangkah terkejutnya Sultan, melihat bahwa kedua orang itu adalah orang yang baginda lihat dalam mimpinya. Setelah ditanya, mereka mengaku sebagai jemaah dari Andalusia, Sepanyol. Meskipun Sultan sudah mendesak bertanyakan tentang kegiatan mereka di Madinah, mereka tetap tidak mahu mengaku sehingga Sultan meninggalkan kedua lelaki itu dalam penjagaan yang ketat.

Sultan bersama menteri dan pengawalnya pergi menuju ke penginapan kedua orang tersebut. Sesampainya di rumah itu yang ditemuinya adalah longgokan harta, sejumlah buku dalam rak dan dua buah mushaf al-Qur’an. Lalu Sultan berkeliling ke kamar sebelah. Saat itu Allah memberikan ilham, Sultan Mahmud tiba-tiba berinisiatif membuka tikar yang menghampar di lantai kamar tersebut.

Masya Allah,,,

Subhanallah,,,

Ditemukan sebuah papan yang di dalamnya menganga sebuah lorong panjang dan setelah diikuti ternyata lorong itu menuju ke makam Nabi Muhammad. Seketika itu juga, Sultan segera menghampiri kedua lelaki berambut perang tersebut dan memukulnya dengan keras. Setelah bukti ditemukan, mereka mengaku diutus oleh raja Nasrani di Eropah untuk mencuri jasad Nabi SAW.

Pada pagi harinya, keduanya dijatuhi hukum penggal di dekat pintu timur makam Nabi saw dan mayat mereka berdua dibakar .

Sesungguhnya hukum mati dengan membakar pesalah adalah haram di sisi syara’ ,tetapi disini Sultan Nuruddin Mahmud bin Zanki telah mengambil kaedah siasah syariah ke atas orang yang melakukan mungkar keterlaluan. Sebenarnya tindakan yang serupa yang diambil, telah berlaku pada zaman Saidina Ali k.w.j di mana terdapat golongan Saba’iyah yang mengikut ajaran Abdullah bin Saba’ yang menganggap Saidina Ali sebagai jelmaan Allah s.w.t. Lalu Saidina Ali memerintahkan ketua keselamatannya, Qambar supaya membakar golongan ini, bila dihukum bunuh mereka mengejek hukuman mati, lantas memerintah dengan syairnya yang terkenal:

” Sesungguhnya aku telah melihat satu perkara yang sangat mungkar, lalu aku memerintah Qambar menyalakan api dan membakar mereka yang berani mengatakan Allah swt menjelma dalam diri Saidina Ali. ”

Persoalannya ialah di manakah kita sebagai umat Islam berada tatkala Islam disiat-siat sekarang ini.  Apakah usaha kita dalam membela agama yang tercinta ini? Walau pun kita bukan Sultan Nuruddin Mahmud bin Zanki apatah lagi Salahuddin Al Ayyubi….

Malah kita mungkin tidak menyamai semangat Burung Pipit dalam membela Islam yang tercinta.

Bagaimanakah hendak kita jawab nanti….


Share/Save/Bookmark

« Previous Entries

RSS Feed