Majlis Berbuka Puasa

July 31st, 2009 by admin

Hari Ini Jemaah Ketayap Putih Kawasan Teluk Intan mengadakan majlis berbuka puasa sunat di Markaz Kampung Padang Tembak.

Pesuruhjaya PAS Negeri Perak,  Ustaz Haji Abu Bakar bin Hussin telah meminta supaya jemaah menunaikan puasa sunat hari khamis setiap minggu.

Majlis di mulakan dengan bacaan doa. Masuk waktu maghrib para jemaah menjamu selera setelah seharian berpuasa kemudian diikuti dengan Solat Fardhu Maghrib yang diimamkan oleh Ustaz Sobri.

Selesai solat fardhu Maghrib diadakan pula solat sunat hajat yang merupakan agenda “wajib” bagi jemaah ketayap putih di mana-mana pun. Itulah tanda menyerahan diri dan pergantungan yang tidak berbelah bagi kepada Yang Maha Pencipta.  Berbeza dengan jemaah keris yang agenda wajibnya ialah konsert-konsert melampau sebagai santapan rohani yang tandus gersang.

Selesai solat hajat, diadakan pula taklimat ringkas sementara menunggu waktu solat fardhu Isyak. Jemaah bersurai selepas menunaikan solat Isyak.

Majlis bersambung di Markaz PAS Kampung Bahagia dengan Ceramah Perdana.

hj-ghazali

“Ketayap Putih”

Haji Ghazali

hj-azhar

Walau pun letih berpuasa seharian, tapi tetap ceria

yb-anuar

YB Yang Sempoi…. makan sendirian

Nak cerita sikit masa PRK Parlimen Bukit Gantang dulu YB Anuar sentiasa bersama-sama dengan petugas-petugas dari Teluk Intan.  Makan dalam Polisterine tidur atas sejadah….

YB UBN kalu… mintak maap!! mesti hotel 6 bintang punya.

berbuka-puasa

Rakan-rakan dari Kelab Penyokong Ketayap Putih pun turut serta berbuka puasa. Suatu pemandangan yang tidak pelik lagi sekarang!!

azam-brothers

Layan Diri

selesai-solat-maghrib

Apakah yang lebih baik selain dari penyerahan diri kepada Rabbuljalil…

Ramai kawan di luar sana yang tidak merasa apa-apa jika tidak solat

Wahai kawan-kawan marilah join puak ketayap putih nie ramai-ramai

Share/Save/Bookmark

Memali semarakkan tentangan terhadap ISA

July 29th, 2009 by admin

Oleh Norlaila Othman

“SUAMI ketika itu sedang berdiri dan apabila terkena tembakan, beliau terjatuh ke atas lantai. Mak Lang angkat kepalanya dan letak atas riba. Darah segar memenuhi ruang tamu rumah Ustaz Ibrahim Libya. Suami menghembuskan nafas terakhirnya di riba Mak Lang,” kata Aishah Ahmad, 56, balu kepada Maaruf Hashim salah seorang yang syahid dalam peristiwa berdarah Memali pada bulan November 1985.

“Mak Lang tak tahu apa yang terjadi kepada mayat suami selepas itu. Mak Lang bersama anak dan beberapa isteri syuhada yang lain dibawa ke Pejabat UTK Tanjung Pari. Di sana, Mak Lang disoal siasat selama 18 hari.

“Selama di sana, Mak Lang pernah disoal siasat hingga enam jam sehari. Selesai disoal siasat, Mak Lang dihantar ke bilik kurungan. Mak Lang ditahan bersama anak perempuan, Mariza yang pada masa itu berusia 15 tahun. Selepas 18 hari di Tanjung Pari, Mak Lang dihantar ke PPH Sungai Petani dan dipenjara selama dua bulan.

“Selepas dua bulan, kami dibebaskan dari PPH Sg Petani, barulah Mak Lang pulang ke Memali untuk bertemu anak-anak lain yang ditinggalkan dan menziarahi perkuburan arwah suami,” ujar beliau lagi yang dikurniai lima anak bersama suaminya, Assyahid Maaruf.

Terkial-kial

Begitu lancar Aishah @ Mak Lang bercerita mengenai pengalamannya membuatkan saya terkial-kial mencatat setiap butir bicaranya. Setelah segalanya yakin dicatat, saya mengangkat kepala, melihat pada wajah beliau dan kelihatan air mata bergenang di kelopak mata yang sudah berusia itu.

Walaupun peristiwa itu hampir 24 tahun berlalu, saya dapat merasakan seolah-olah ia baru berlaku semalam …

Itu adalah salah satu testimoni yang saya perolehi ketika melawat keluarga mangsa berdarah Memali yang berlaku pada 1985. Ketika itu, saya masih terlalu muda dan tidak begitu ambil berat untuk mengetahui siapakah yang benar dan siapakah yang zalim dalam peristiwa itu.

Cuma yang masih saya ingat, media kerajaan mendakwa mereka adalah pesalah dan penderhaka. Ketika itu tiada media alternatif, tanpa internet atau SMS. Memang amat sukar untuk diketahui, apakah dan siapakah yang menjadi punca pembunuhan beramai-ramai itu.

Cuma yang jelas bagaimana gas pemedih mata, kereta perisai, beberapa trak polis dikerahkan dengan lengkap bersenjata boleh sewenng-wenangnya dihantar ke sebuah perkampungan terpencil di Baling itu dan mengepung sebuah rumah kecil milik seorang ustaz yang hanya menyampaikan ajaran Islam kepada masyarakat di sekelilingnya.

Siapakah yang empunya gas pemedih mata, kereta perisai, trak polis, polis dan segala senapang yang digunakan di kejadian itu?

Saya tidak pernah berpeluang mengetahui jauh sekali mengenali lelaki bernama Ibrahim Libya ini yang menjadi tajuk utama perbualan penduduk Memali. Namun berdasarkan penceritaan dan beberapa penulisan ringkas mengenainya, saya dapat simpulkan bahawa beliau seorang berpendidikan tinggi dalam bidang agama, bijak dalam penyampaian kelas-kelas dikendalikannya, berkarisma, berkepimpinan dan beliau amat disenangi oleh sebahagian besar ahli masyarakat setempat.

Berdasarkan daripada beberapa pondok (asrama) yang didirikan di sekitar surau yang terletak tidak jauh dari rumahnya, dapat disimpulkan beliau adalah seorang aktivis muda yang bercita-cita tinggi untuk melihat ramai anak bangsa di daerah itu mempelajari dan menghayati Islam dengan sebaiknya.

Sebagai seorang graduan dari Libya dan pernah bertugas di Pusat Islam, saya yakin, kedudukan beliau ketika itu bukan setakat dikasihi tetapi juga dipandang tinggi dan amat dihormati.

Berdasarkan pembacaan juga, saya melihat kepimpinan, keperibadian, kebijaksanaan dan kegiatan beliau telah membuatkan ada pihak lain yang tidak senang dengan perkembangan tersebut dan ingin mencantas atau mematikan saja segala bakat yang dimiliki itu dengan menahan beliau di bawah ISA.

Tamatkan bakat

Sebelum kes Ibrahim Libya, sudah ada pemimpin PAS yang ditahan tanpa bicara lebih awal, antaranya Dr Burhanuddin Helmi. Tidak mustahil, alat yang sama iaitu ISA, digunakan terhadap Ibrahim Libya untuk menamatkan bakat dan kepimpinan politik beliau.

Keengganan beliau menyerah diri kepada pihak berkuasa telah menjadikan penguasa ISA merasa tercabar status quonya dan akhirnya bertindak ke atas Asy-syahid dan para pengikutnya menggunakan kekerasan.

Apabila menyelami isu Ibrahim Libya dan pembunuhan beramai-ramai di Memali ini, saya teringat peristiwa penahanan Dato’ Seri Anwar Ibrahim pada 1998 di mana beliau dengan tegas menunjukkan sikapnya melawan tindakan kerajaan yang memecatnya ketika itu.

Beliau terus melawan dan mendapat sokongan rakyat hinggalah akhirnya ditahan di bawah ISA. Ketika dalam tahanan polislah beliau dipukul hingga lebam di bahagian mata, yang menjadi ‘trademark’ KeADILan hingga kini.

Membandingkan isu keengganan Ibrahim Libya menyerah diri pada pihak berkuasa (tahun 1985) dengan sikap tidak mahu mengalah oleh Anwar (tahun 1998) nampaknya polis telah mempelajari sesuatu daripada peristiwa Memali.

Mereka tidak menyerang rumah Anwar sebaliknya memburu dan menangkap beliau ketika dalam perjalanan pulang daripada satu program ceramah yang mengajak rakyat bangun untuk menuntut ‘reform’ atau pembaharuan.

Sekiranya Menteri Dalam Negeri, polis pada tahun 1985 itu bersabar sedikit, mungkin peristiwa berdarah Memali dapat dielakkan…

Sewaktu menziarahi mangsa pembunuhan beramai-ramai di Memali baru-baru ini, fokusnya bukan siapa atau bagaimana peristiwa itu terjadi, tetapi saya terlalu ingin mendapatkan reaksi mangsa yang juga merupakan penduduk setempat, bagaimanakah pandangan mereka terhadap kerajaan Umno-BN yang seolah-olah melihat nyawa rakyat marhaen ini tidak bernilai sama sekali.

“Setelah suami kami dikebumikan, ada pihak yang membantu kami supaya menyaman kerajaan disebabkan kematian suami kami itu. Kes itu difailkan pada 1986 dan terpaksa melalui fasa yang lama untuk mendapat keputusannya.

Masih menyusu

“Alhamdulillah, pada tahun 2004, tiga peguam yang mewakili kes tersebut telah berjaya memenangi perbicaraan,” kata Rokiah Mohd Hassan, balu kepada Asy-syahid Mohd Rezki Ahmad, berusia 27 tahun ketika kejadian. Selepas pembunuhan suaminya, Rokiah dan seorang anak kecil yang masih menyusu juga turut ditahan di penjara selama dua minggu.

“Mak Pah sedang mengandung empat bulan ketika suami ditembak di rumah Ustaz Ibrahim Libya. Kami semua berada dalam keadaan ‘curfew’ hampir dua bulan. Kami cuma boleh keluar rumah untuk mencari rezeki dan memotong getah dari jam 9 pagi hingga 6 petang. Mak Pah dan semua penduduk di sekitar Memali tidak tahu apa yang terjadi kepada 14 orang yang telah ditembak hingga mati itu.

“Alhamdulillah aktivis PAS dan penduduk dari kampung lain telah datang ke Memali untuk melakukan urusan pengkebumian mereka,” tambah Mak Pah yang nama sebenarnya Siti Maryam binti Omar kepada aku. Sebaik saja tamat menceritakan kisah duka Memali, beberapa titik air mata gugur di wajah yang mula dimamah usia itu.

“Pada tahun 2004, kami menang kes pembunuhan di Memali. Kes itu berjalan hampir 18 tahun. Pihak kerajaan membayar pampasan RM20,000 kepada 14 keluarga syuhada. Maknanya, hampir 20 tahun selepas suami kami ditembak dengan kejam, kerajaan menilai nyawa suami sebanyak RM1,000 setahun. Sungguh rendah nilai nyawa mereka di sisi kerajaan BN!” kata Siti Aishah @ Mak Lang sambil mengesat matanya. Beliau tidak mahu mengulas panjang.

“Suami saya yang ditahan ISA pada 2002, ikut saja perintah dan arahan kakitangan KDN dan Menteri Dalam Negeri, hingga kini masuk lapan tahun ditahan di Kem Kamunting. Jika ditahan di bawah ISA, mangsa dikurung tanpa bicara bertahun-tahun lamanya. Jika enggan ditahan di bawah ISA jadilah macam kes Asy-syahid Ibrahim Libya, mangsa terus kena tembak, rakyat tiada nilai di mata kerajaan Umno-BN,” kata saya kepada semua Muslimat yang hadir di rumah Siti Aishah.

Semua tetamu wanita itu terkejut dan mula tersenyum. Salma Ismail, Ketua Wanita KeADILan Kedah dan timbalannya, Nurin yang menemani lawatanku ke Memali juga turut tersenyum melihat riak wajah mereka yang sejak dari awal kelihatan agak serius ketika bercakap denganku.

Mereka tidak sangka, saya adalah isteri kepada seorang tahanan ISA kerana sejak awal saya melangkah masuk ke ruang tamu rumah Siti Aisyah @ Mak Lang saya hanya sibuk bertanya soalan, mencatat fakta, merekod perbualan dan mengambil gambar tiga wanita balu mangsa pembunuhan di Memali itu. Mereka menyangka saya seorang wartawan Harakah!

Sebaik selesai mencatat fakta-fakta penting, saya dibawa melawat kesan-kesan peristiwa itu. Dua puluh empat tahun peristiwa itu berlalu dan banyak pembangunan dilakukan hingga menghilangkan struktur asas rumah, surau dan pondok yang dibina oleh Ibrahim Libya dan teman-teman rapatnya.

Namun kesan peluru yang menembusi dinding sebuah rumah kecil untuk menyimpan padi, dapat menggambarkan bagaimana rakus dan ganasnya polis menembak Ibrahim Libya dan teman-teman setianya pada waktu Subuh pada November 1985.

Sesiapa saja yang berada di Memali ketika itu, pasti tidak dapat melupakan drama hebat pembunuhan beramai-ramai yang begitu kejam dan tragis!

Debat secara terbuka

Kisah Memali juga mendapat tempat di minda penulis sejarah ISA berbangsa Cina. Dalam buku ‘45 Years Under ISA’ Koh Swe Yong menyebut: “… pada 1985, peristiwa Memali menyaksikan ramai aktivis PAS ditahan di bawah ISA. Peristiwa itu mengubah persepsi PAS yang selama ini memandang sepi isu ISA, dan mereka mula mengkritik serta menentang akta zalim itu. “

Kritikan itu diluahkan dalam berbagai bentuk, di mana saja ada peluang bercakap atau debat tentang ISA, PAS segera menyuarakan secara terbuka supaya ISA segera dimansuhkan.”

Kini, 24 tahun selepas Peristiwa Berdarah Memali, rakyat semakin faham dan jelas tentang kejahatan dan kezaliman akta tanpa bicara yang menjadi nadi utama Umno untuk memastikan parti reput itu terus bertahan. Sejarah telah membuktikan, semua Perdana Menteri Malaysia, amat gemar menggunakan ISA untuk mencantas pihak lawan.

Dan mutakhir ini, kegunaan ISA juga dipelbagai. Selain menjadikan mangsanya sebagai ‘pengganas Islam’, ISA juga digunakan untuk melabel ‘pembuat syiling palsu’, ‘pembuat Mykad’, ‘penghantar SMS’, ‘menyelamatkan wartawan wanita’ dan pelbagai lagi.

Penulisan ini hanya berkisar kepada mangsa ISA daripada bangsa Melayu dan berugama Islam. Bagaimana dengan bangsa lain? Bagaimana dengan kaum Cina dan India?

Sejak 49 tahun yang lalu, semua bangsa dan pelbagai peringkat usia dijadikan mangsa ISA, adakah rakyat Malaysia masih terus bersabar dan membiarkan pemerintah menggunakan ISA sesuka hati mereka saja?

Rakyatlah yang berkuasa untuk menolaknya. Jika rakyat bersatu padu mahu akta ini dimansuhkan, maka tunjukkanlah sokongan anda semua di HIMPUNAN MANSUH pada 1 Ogos ini. _ Detikdaily

mansuh-isa

Share/Save/Bookmark

‘Konspirasi jatuhkan kerajaan Pakatan Selangor’

July 28th, 2009 by admin

Siasatan terhadap tujuh ADUN Selangor - yang membawa kepada kematian Teoh Beng Hock - didakwa sebahagian konspirasi BN bagi merampas kuasa daripada Pakatan Rakyat seperti di Perak.

Naib Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Selangor, Ng Suee Lin mendakwa, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan sentiasa berusaha merampas kerajaan negeri itu seperti pernah diusahakannya sejak tahun lepas.

“Ini perancangan yang kita dengar sekarang. Di kedai kopi pun kita dengar, (bahawa) Najib sebagai pengerusi perhubungan Umno Selangor, akan cuba dengan apa cara sekalipun untuk merampas kerajaan Pakatan Rakyat supaya kembali ke pangkuan mereka.

“Dulu di Perak, pada mulanya, kita dengar khabar angin sahaja, kemungkinannya berlaku rampasan kuasa,” katanya.

Kemudian, dakwa Ng lagi, selepas campur tangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), dua exco di Perak didakwa atas tuduhan rasuah, maka khabar angin itu menjadi kenyataan.

Dalam sidang akhbar bersama lebih 10 ADUN DAP, PAS dan PKR petang ini, Ng mendakwa, konspirasi BN bermula dengan penangkapan exco Selangor, Teresa Kok bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), September tahun lalu.

Isu lembu korban

Tangkapan ADUN Kinrara dan ahli parlimen Seputeh itu didakwa berhubung isu penggunaan pembesar suara bagi kegunaan azan di sebuah masjid di Bandar Kinrara, Puchong.

Manakala episod kedua pula, menurut Ng, membabitkan kes exco Selangor, Ronnie Liu yang didakwa menghalang tugas anggota penguatkuasa di sebuah hotel di Puchong.

Ronnie, juga ADUN Pandamaran, dihadapkan ke mahkamah pada 17 November tahun lalu atas tuduhan bersubahat menghalang tugas penguatkuasa Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) daripada menutup sebuah hotel pada 2007.

Episod ketiga pula, kata Ng lagi, apabila Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim didakwa menyelenggara kereta sendiri dengan peruntukan negeri dan juga mengagihkan lembu korban daripada dana anak syarikat Selangor di kawasan parlimennya di Bandar Tun Razak, awal tahun ini.

Ng, yang juga ADUN Sekincan, terus mendakwa bahawa episod seterusnya ialah perbuatan menyebarkan gambar bogel exco negeri, Elizabeth Wong pada Februari lalu.

Ng juga berkata, episod konspirasi tersebut sebahagian projek mempengaruhi masyarakat yang digerakkan oleh Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang ditimbulkan oleh ADUN Pakatan di persidangan DUN Selangor, Mac lalu.
Dalam sidang itu, dewan membahaskan usul tergempar oleh ADUN Kampung Tunku, Lau Weng San bagi membincangkan pelaksanaan projek “people-centric” oleh Pejabat Pembangunan Negeri Selangor di bawah JPM.

‘Guna jentera kerajaan’

Program itu didakwa oleh wakil rakyat itu, yangjuga setiausaha DAP Selangor, cuba menjatuhkan kerajaan negeri dengan menggunakan pelbagai jentera dan agensi kerajaan persekutuan.

Sementara itu, timbalan pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Selangor, Abd Rani Osman mempertahankan wakil rakyat Pakatan yang kini disiasat SPRM berhubung perbelanjaan peruntukan DUN masing-masing.

ADUN PAS Meru berkata, perbelanjaan ADUN tertakluk kepada budi bicara mereka, dengan syarat ia sampai kepada semua pihak, seperti dinyatakan dalam Surat Pekeliling Perbendaharaan Negeri Selangor (Peruntukan ADUN).
“Peruntukan ini diletak bawah pejabat tanah dan daerah, bukan di bawah meja ADUN. Lagi pun ia dikeluarkan selepas acara selesai,” katanya, sambil mempertikai kewajaran ADUN Pakatan Selangor disiasat.
Beliau sebelum itu mempengerusikan mesyuarat kelab itu di bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di Shah Alam petang ini.

Turut hadir dalam sidang media itu, ADUN Hulu Kelang, Saari Sungib.

Sementara itu, membandingkan dengan ADUN Pakatan, Lau pula menyelar peruntukan kepada wakil rakyat BN – termasuk ahli parlimennya – yang didakwanya tidak jelas jumlah dan pembahagiannya.
“Sampai sekarang kami tidak tahu saiz peruntukan, kepada siapa (diberikan), di mana wang ini dibelanjakan oleh ADUN dan ahli parlimen BN, ketua bahagian (Umno), penyelaras yang dilantik BN dalam menangani peruntukan RM2 juta (di setiap parlimen).
“Saya meminta, kalaulah BN (anak) jantan, kalaulah Umno ini jantan, sekurang-kurangnya umumkanlah untuk rakyat,” katanya. Malaysiakini

Share/Save/Bookmark

, ,

Ini permainan Umno bukan saya, kata Nik Aziz

July 28th, 2009 by admin


KOTA BHARU 27 Julai: “Ini permainan Umno,” kata Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. “Apa yang saya minta adalah kerajaan negeri mengadakan hubungan baik dengan kerajaan persekutuan.”

Nik Aziz mengulas kenyataan para pemimpin Umno kononnya beliau berpatah balik dan merubah balik kenyataannya sebelum ini yang menentang gagasan kerjasama dengan Umno.
“Apa yang saya cadangkan adalah hubungan antara dua kerajaan atas dasar semangat persekutuan,” katanya mengulas cadangannya semasa Fiesta Kelantan 2009 di Kuala Lumpur.
Apa yang dia minta, kata Nik Aziz adalah kerajan persekutuan menunaikan tanggungjawabnya dengan baik. Antaranya tuntutan royalti minyak dari Petronas, bayaran geran pembangunan yang sering diperlambatkan dan projek-projek pembangunan di Kelantan.
Ekoran kenyataan itu, para pemimpin Umno menyambut baik kenyataan Nik Aziz itu seolah-olah beliau sudah mau berbaik-baik dengan kerajaan pimpinan Umno.
Mereka juga membuat kenyataan agar Nik Aziz tidak menarik balik kenyataannya mau berbaik-baik ini.
“Ini bukan urusan parti. Saya tidak berminat untuk merapatkan hubungan kedua-dua parti. Ini hal berasingan,” kata beliau.Siasahdaily

Share/Save/Bookmark

,

Umno diingatkan jangan manipulasi kenyataan Nik Aziz

July 28th, 2009 by admin

KUALA LUMPUR, 27 Julai (Hrkh) - Umno diingatkan tidak memanipulasikan kenyataan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat mengenai kerjasama yang ingin dijalinkan yang bersifat antara kerajaan dengan kerajaan.

Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub menyangkal kenyataan yang dibuat Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang ingin mengalihkan perhatian daripada isu pokok yang dibangkitkan oleh Ustaz Nik Aziz.

“Ini bukan masalah antara parti Umno dengan PAS, jangan alihkannya isu sebenar,” katanya kepada Harakahdaily.

Beliau yang juga ahli parlimen Kubang Kerian mempertegaskan bahawa hubungan yang dimaksudkan antara kerajaan negeri dan kerajaan pusat dan bukan hubungan parti yang cuba diputar belit oleh Umno.

“Saya percaya tindakan Tok Guru adalah untuk menuntut peruntukan daripada kerajaan pusat yang merupakan hak kerajaan negeri Kelantan seperti royalti minyak dan gas.

“Sebagai Kerajaan Pusat, mereka perlu tunaikan tanggungjawab kepada kerajaan negeri dalam merealisasikan konsep federalisme atau persekutuan, bukan memutar belitkan fakta,” ujarnya.

Kerajaan Pusat di bawah teraju Umno-BN seharusnya memainkan peranan membantu kerajaan-kerajaan negeri dalam Malaysia tanpa mengamalkan dasar diskriminasi terhadap pihak yang berbeza parti.

“Mereka sepatutnya membantu kerajaan negeri dan bukannya memberikan tekanan khususnya kepada negeri Pakatan Rakyat.

“Saya ingin mempertegaskan bahawa ia suatu kerjasama yang mesti dilaksanakan dalam prinsip kerajaan kepada kerajaan.

“Ia tiada kena mengena langsung antara PAS dan Umno,” katanya lagi.

Beliau turut membidas kenyataan ahli Majlis Tertinggi Umno, Muhyiddin yang ingin membawa hal ini ke mesyuarat peringkat tertinggi parti itu.

“Kalau benar pentadbiran Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Razak ikhlas dan jujur dengan konsep rakyat diutamakan maka usahakan agar dialog antara kerajaan negeri.

“Segala bentuk bantuan kepada kerajaan, ianya perlu dilaksanakan tetapi tanpa amalan diskriminasi,” tegasnya.

Beliau yang juga ahli parlimen menyatakan kesediaan untuk menjadi orang tengah kepada usaha dialog tersebut antara kerajaan negeri di bawah pimpinan Pakatan Rakyat bagi menyelesaikan isu yang berbangkit demi kepentingan rakyat.

Terdahulu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata Umno memandang positif kesediaan Dato’ Nik Aziz Nik Mat untuk melupakan sengketa politik kedua-dua parti demi perpaduan rakyat dan akan membincangkannya secara terperinci dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Jumaat ini. - mns _HarakahDaily

Share/Save/Bookmark

,

Mungkinkah DUN Perak Akan Dibubarkan?

July 26th, 2009 by admin

Aku balik kampung pagi tadi.  Perjalanan melintasi kampung Tanjung Keramat di antara Langkap dan Air Kuning. Biasanya kalau lalu di situ tidak ada apa-apa yang yang menarik yang dapat di lihat selain dari sebuah Dewan Besar dan di sebelahnya terletak sebuah banglow indah YB ADUN Air Kuning dan empat lima bijik kereta yang biasa-biasa dan yang agak mewah…. biasalah tu YB UBNkan…!

Di seberang jalan sebelah kanan terpacak deretan bendera PAS dan Keadilan.

Tapi pagi ni lain sikit, aku tengok ada dua baris orang muda-muda, pemuda UBN le agaknye tu. Lebih kurang tiga empat puluh orang sedang mendengar taklimat.  Tentang apa aku pun tak tau.

Mungkin agaknya betul angin yang bertiup DUN Perak akan dibubarkan.

Di kampung bersembang dengan kawan lama, dulu UBN la ni dah PR.  Ayahnya bekas Tok Sidang.

Dengar ceritnya bekas Tok Sidang tu pun dah menyampah dengan YB  dan terkeluar dari mulutnya nak bawa YB Dato Seri Anwar masuk kampung tu…buat ceramah di padang bola.  Ini sudah cerita luar biasa beb. Susah nak dapat Tok Tok Sidang yang fedup dengan YB!!

Makbul agaknya doa Tok Guru “Pecah belahkanlah musuh-musuh kami dan musuh-musuh Engkau”.

Dari kawan aku ni juga dapat cerita yang MB Haram pun dah cemuih, gaya-gaya nak mengalah dah nampak.

Dia dapat sumber ni dari sahabatnya yang selalu keluar masuk Dewan. Orang kuat PRlah juga kiranya.

Eloklah tu kembalikan lah hak rakyat untuk buat pilihan siapa pemimpin mereka yang lebih layak bukan main rampas-rampas je.

Kalau dapat hak dengan rampas merampas ni hati pun tak senang, jiwa tak tenteram senyum pun sumbang….

 

 

 

 

 

Share/Save/Bookmark

Gangguan Dalam Solat

July 26th, 2009 by admin

Jika anda solat tidak kusyuk dan selalu tergaru sana dan tergaru sini, merasa mengantuk yang teramat sangat. Awas jangan Pandang Belakang kerana ada….setan

Setan!!

Share/Save/Bookmark

,

ISA, mansuh bukan pinda - Ketua Pemuda PAS

July 24th, 2009 by admin

Ustaz Nasrudin Hj Hasan At-Tantawi

Ketua Pemuda PAS

1. ISA tidak lagi relevan ! begitulah ungkapan Tun Abdullah Ahmad Badawi . Buat pertama kalinya saya bersetuju dengan Tun Abdullah dengan pengakuan ini .

2. ISA yang diwujudkan sejak 1 ogos 1960 [ 1 ogos 2009 kelak genap 49 tahun beroperasi ] adalah bertujuan untuk mencegah golongan subversif dan komunis yang mengancam keselamatan negara .

3. Menurut bekas Presiden Majlis Peguam Haji Sulaiman Abdullah , Majlis Peguam membantah akta ini [ ISA ] kerana berpagang kepada sebab – sebab yang dikemukakan oleh Perdana Menteri Kedua [ Tun Abdul Razak ] ketika beliau membentang ISA di Parlimen satu ketika dulu atas ancaman subversif dan pengganas komunis . [ Mingguan Malaysia , 25 Jun 2000 ]

4. Rasionalnya , apabila pergerakan dan ancaman subversif atau komunis telah tidak lagi wujud dalam negara kita , maka akta ini mestilah dimansuhkan terus oleh parlimen .

5. Sungguh ! bahawa keselamatan negara mestilah dikawal dan dipelihara . Persoalannya ialah negara kita telah merdeka sejak sekian lama . Bukankah Negara memiliki PDRM , SPRM , institusi kehakiman , Jabatan pendakwaraya , peguam negara dan institusi mahkamah yang sangat terhormat dalam negara kita . Apakah segala institusi yang ada ini belum memadai untuk menjaga keselamatan negara dan menegakkan keadilan ? sehingga memaksa akta seperti ISA dikekalkan ? tidak masuk aqal !

6. Apa yang dituntut ialah supaya ISA yang memberi kuasa kepada menteri [ orang politik ] untuk menahan sesiapa sahaja yang disyaki mengancam keselamatan negara di mansuhkan kerana ia membuka ruang untuk menteri selaku orang politik bertindak zalim ke atas musuh politiknya .

7. Apa yang dituntut ialah supaya ISA yang menahan dan memenjara mangsa tanpa mendatangkan bukti serta di adili di mahkamah di mansuhkan kerana ia zalim dan menafikan hak individu membela diri atau mendapat hak pembelaan di mahkamah .

8. Apa yang dituntut ialah supaya ISA yang banyak digunakan untuk menangkap musuh politik tidak terus dijadikan mesin hayat pemerintah yang zalim berselindung pula disebalik undang – undang yang zalim dan primitif .

9. ISA tidak demokratik . Bahkan bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan Perkara 5 Fasal 4 bahawa undang – undang perlembagaan tidak membenarkan seseorang warganegara ditahan tanpa arahan majistret melebihi tempoh 24 jam [ tidak termasuk perjalanan yang perlu ] dan orang itu tidak boleh ditahan selanjutnya dengan tiada kuasa majistret itu .

10 . Kerana saya tidak setuju ! ISA mesti dimansuhkan ! Anda setuju ? HimpunanMansuh ISA

Share/Save/Bookmark

Demo MANSUH ISA ‘mungkin huru-hara’

July 24th, 2009 by admin

dikemaskini Demonstrasi serentak dua kumpulan berlawanan pendirian - penentang dan penyokong Akta Keselamatan dalam Negeri (ISA) - pada 1 Ogos ini dibimbang boleh “menimbulkan huru-hara”, kata Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa).

“Bila Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) dan Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris) – dua kumpulan yang berbeza pendirian mengenai ISA – mengadakan perarakan pada masa dan hari yang sama, mungkin akan berlaku huru-hara,” kata Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali.

Beliau diminta menjelaskan kenyataannya seperti dipetik Berita Harian semalam bahawa Perkasa dan NGO lain akan berarak mempertahankan akta itu “walaupun boleh menimbulkan huru-hara.”

Jika kumpulan penentang akta itu meneruskan Himpunan MANSUH ke Istana Negara, Ibrahim menegaskan, Perkasa akan turut serta bagi menyatakan sokongan terhadap akta itu.

“Perkasa akan turut serta kalau ia (demonstrasi anti-ISA) tidak dibatalkan atau pihak polis mesti ambil tindakan tegas (kepada mereka),” katanya, seorang bekas tahanan akta itu sebanyak dua kali.

Tambahnya, GMI seharusnya menunggu tindakan lanjut kerajaan untuk menyemak akta kontroversi tersebut - seperti dijanjikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sewaktu mengambilalih teraju kepemimpinan negara awal April lalu.

“Kerajaan sudah umum akan kaji ISA, apa perlu perhimpunan ke Istana Negara.

“Tunggu sehingga kerajaan pinda atau bagaimana (keputusannya), baru boleh kemuka bantahan,” katanya melalui pesanan SMS kepada Malaysiakini hari ini.

Ribuan penyokong pembangkang dan aktivis 83 NGO bersama GMI akan bergerak mulai 2 petang dari tiga lokasi – kompleks membeli-belah Sogo, Masjid Jamek dan Masjid Negara – dengan berpakaian hitam dan merah.

Sementara penyokong ISA bersama Pewaris bersama lebih 10 NGO Melayu merancang perhimpunan bertemakan “1Malaysia, Selamatkan Malaysia, Kekalkan ISA dan Pertahankan Hak Keistimewaan Orang Melayu” di tiga lokasi di tengah Kuala Lumpur sebelum bergerak ke Dataran Merdeka pada 1 tengah hari.

Mulai 11 pagi, mereka yang berpakaian putih dijadual berhimpun di Pasar Seni, Masjid Negara dan Padang Merbok, sebelah Bank Negara, sebelum menurunkan tandatangan di atas kain rentang gergasi sepanjang 200 kaki di dataran tersebut dan kemudian berarak ke Istana Negara.

Dalam perkembangan terkini, Pengerusi GMI Syed Ibrahim Syed Noh berkata pihaknya akan mengerahkan 1,000 petugas Unit Amal PAS untuk mengawal keselamatan dan peserta Himpunan MANSUH bagi mengelak sebarang

kejadian yang tidak diingini. Malaysiakini

Share/Save/Bookmark

Pegang Lilin Jadi Murtad?

July 21st, 2009 by admin

Bila terpandang gambar YB Nizar dalam Sinar siang tadi, memang aku tersentak.
Tambah pulak bila baca komen MB Haram tuh…  Waduh nampak macam dia dah dapat pukul YB Nizar dan PAS dengan pukulan KO!!

Memang kesempatan ini dipulun sungguh oleh Zambry.

Mari kita lihat gambar-gambar dan penjelasan oleh YB Idham Lim:-

http://perakexpress.com/www/wp-content/uploads/2009/07/dsc00070.jpg
Sekadar bergambar di dalam gelap dengan memegang lilin pada malam 18 July dihadapan Wisma DAP setelah beberapa ucapan untuk memberi semangat kepada penyokong PR yang hadir. Jangan pula memutar belit gambar ini kononnya begitu dan begini….
Kenyataan Media Adun Titi Serong

Ekoran dari kematian secara misteri yang menggemparkan seluruh negara ke atas Setiausaha Politik kepada Exco Kerajaan Selangor di Bangunan SPRM Selangor, dan membawa kepada beberapa sidang media dan perhimpunan yang diadakan diseluruh negara termasuklah yang telah dianjurkan olah Pakatan Rakyat Negeri Perak yang dihadari oleh DS. Muhammad Nizar Jamaluddin dan saya sendiri..

Isu yang sedang dibicarakan ialah mengenai tindakan kami berada dalam majlis yang kononnya memperingati kematian Teoh Beng Hock dan memegang lilin dan dikaitkan dengan tindakan kami yang kononnya bercanggah dengan ajaran Islam.

Berkebetulan sebagai seorang Cina Islam saya rasa terpanggil untuk menjawab isu tersebut Akhbar Sinar Harian edisi pada hari ini pada perenggan pertama, kedua dan ketiga menyiarkan kenyataan seperti berikut :-

“Tindakan Datuk Seri Muhammad Nizar Jamaluddin memegang lilin semasa menyertai majlis berkabung bagi memperingati kematian Teoh Beng Hock baru-baru ini, adalah luar budaya Islam

Pensyarah Jabatan Fiqh dan Usul Fiqh Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Prof. Datuk Dr. Mahmood Zuhdi Ab. Majid berkata, sebagai pemimpin beragama Islam, Nizar tidak sepatutunya memegang lilin pada acara keagamaan itu, perbuatannya akan mempengaruhi masyarakat Islam kerana beliau adalah seorang pemimpin dan wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat.

Kita bimbang soal haram atau halal diketepikan semata-mata mahu mengejar kepentingan politik parti tertentu didalam negara ini” Katanya kepada Sinar Harian semalam”

Berikutan dengan itu saya suka untuk mengeluarkan beberapa kenyataan seperti berikut :-

1. Saya menafikan bahawa gambar dan majlis yang didakwa sebagai majlis berkabung bagi memperingati kematian Teoh Beng Huat seperti didakwa pihak diatas. Gambar tersebut dan upucara menyalakan lilin adalah semasa sesi Sidang Media pada jam 11.00pagi 17 July , bertempat di wisma DAP Ipoh. Sidang Media tersebut dianjurkan oleh Skretariat Pakatan Rakyat yang dihadiri oleh sekitar 20 ADUN PR dan pimpinan tertinggi parti.

2. Memegang lilin dan Colok bagi orang cina adalah budaya nenek moyang yang sudah turun temurun diamalkan. Kebetulan saya adalah bekas penganut agama Buddha selama 22 tahun sebelum memeluk Islam, saya ingin jelaskan bahawa menyalakan lilin adalah budaya yang diamalkan oleh bangsa kami turun temurun malah ia menjadi amalan kepada penganut Islam di negara China. Sebab itulah jika kita berkunjung dimana-mana mesjid di China kita pasti akan dapat membeli colok yang dijual dimesjid.

Semasa sembahyang hari raya puasa atau haji, jangan terkejut bila kita menyaksikan kumpulan Imam dan Persatuan Islam serta AJK Mesjid berbaris masuk ke dalam mesjid dengan memegang colok yang dinyalakan sambil mengalunkan takbir hari raya, dan sebelum melangkah masuh ke dewan sembahyang colok itu ditinggalkan diluar (saya ada koleksi gambar mengenai upucara ini).

3. Kami sama-sama memegang lilin sebagai menghormati acara selingan yang diadakan dalam sidang media itu dan bukannya bertafakkur seperti yang diminta. Sebelum ini sudah sekian banyak teman bukan muslim yang menghormati upucara membaca doa dan pelbagai majlis.

4. Saya mempersoakkan kenapa perkara ini diperbesarkan termasuk oleh Bapak Prof kita yang nampaknya berat sebelah dalam menilai perlakukan oleh pemimpin Pakatan Rakyat. kenapakah pokok persoalan asal yang lebih besar yakni tindakan menghilangkan nyawa yang merupakan hak Allah tidak dipersoalkan. Sepatutnya soal itu didahulukan dalam perkara ini.

5. Saya takut nanti pihak berkenaan nampak berani berkokok dalam masa lain melibatkan pemimpin UMNO senyap dan, “punggung penuh dengan najis”.

6. Banyak lagi tindakan dan perlakukan pemimpin UMNO yang mengaku beragama Islam wajib ditegur olweh Bapak Prof. Kenapa hanya berdiam diri. Paling besar dalam persoalan upacara di Tugu negara yang telah difatwakan.

7. Saya berharap penjelasan ini meredakan suasana resah yang segaja menimbulkan firnah kepada kami serta tidak mustahil mengelirukan ahli PAS dan penyokong pakatan Rakyat.

Allahu Aklam….

Kenyataan media pada 20 July 2009

Drs.Khalil Idham Lim,
ADUN Titi Serong/
Ketua Penerangan PAS Perak

Cumanya aku mohon pada pemimpin-pemimpin PR amnya dan PAS khususnya supaya lebih berhati-hati kerana sedikit saja kesilapan akan digunakan sepenuh-penuhnya oleh UBN untuk melingkupkan Pakatan Rakyat lebih-lebih lagi PAS.

Share/Save/Bookmark

« Previous Entries

RSS Feed