Najib Telah menciumi Kekalahan Umno

June 28th, 2009 by admin

Pada setiap kali pilihanraya kecil, Dato Seri Mohd Najib Abd Razak yang kini Presiden UMNO akan sentiasa bercakap besar kononnya UMNO BN akan memenanginya tetapi kali ini untuk Manek Urai, Najib persis mencium kekalahan UMNO BN dan beliau mengakui fakta bahawa UMNO BN akan menghadapi tentangan hebat.

Najib menyatakan UMNO BN masih mempunyai harapan tetapi beliau sendiri sudah takut untuk berhadapan di depan rakyat untuk mengumumkan calon UMNO BN seperti yang lazim dilakukan, sebaliknya menyerahkan tugas mengumumkan calon itu kepada timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin pada hari esok.

Najib berkata Barisan Nasional (BN) tetap mempunyai peluang untuk menang walaupun “berhadapan dengan laluan sukar” di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, Kelantan bulan depan.

Sehubungan itu jelas Perdana Menteri, bukan sesuatu yang mustahil untuk BN menang dalam pilihan raya kecil kali ini.

“Kita tahu PAS menang dengan majoriti besar dalam pilihan raya lalu. Ini satu tentangan yang sukar bagi kita.

“Tapi masih ada harapan, bukan bererti tak ada harapan,” kata beliau kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Sekolah-Sekolah Mubaligh Kristian Malaysia di St. John Institution, hari ini.

manek-5Semalam, pemborong ikan di Pasar Besar Kuala Krai yang juga Bendahari PAS Kawasan Kuala Krai, Mohd Fauzi Abdullah dinamakan sebagai calon parti itu.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Ismail Yaakob daripada PAS pada 22 Mei lalu. Ditanya mengapa jentera BN dilihat tidak agresif seperti jentera PAS, Najib berkata:

“Kita tak akan ikut rentak PAS. Kita ada cara kita sendiri dalam berkempen.”

“Yang penting sekali ini, kita dapat menyampaikan mesej kita kepada semua pengundi,” kata Najib yang juga Presiden Umno dan Pengerusi BN. Jelasnya, perkara itu jelas menunjukkan BN ikhlas ingin membela masa depan masyarakat kawasan tersebut.

“Kita akan meletakkan seorang bakal wakil rakyat yang boleh memberi khidmat bakti kepada masyakarat di Manek Urai,” katanya.

Pada pilihan raya umum 2008, Ismail menewaskan calon BN, Zulkepli Omar dengan majoriti 1,352 undi.

Ketua Pemuda Umno Kuala Krai, Tuan Aziz Tuan Mat disebut-sebut sebagai calon yang yang akan mewakili BN dalam pilihanraya kecil tersebut.

Tuan Aziz antara tiga nama yang dicadangkan oleh Umno bahagian. Dua lagi ialah naib ketua Umno bahagian, Che Jalal Muda dan bekas ADUN Mengkebang, Azizuddin Hassan. Detikdaily

“Apakah ini imej parti yang ingin memerintah negara kita…!!?”

Kalaulah ini imejnya…

“Mereka tidak ada nilai budaya akal budi yang murni untuk memerintah negara Malaysia yang tercinta ini..”

“Saya tak yakin BN boleh menang, soalnya samada kalah banyak atau kalah sikit,  itu aje…” Dr M

Share/Save/Bookmark

Angkatan Tentera Serang Manik Urai?

June 28th, 2009 by admin

UBN berusaha habis-habisan di Manik Urai dengan penglibatan pihak Angkatan Tentera Malaysia.  Ini didedahkan oleh Naib Presiden PAS Dato Mahfuz Omar.

Habislah sudah segala agensi Kerajaan digunakan oleh UBN demi untuk memenangkan BN menang di Manik Urai. Agaknya kalau boleh Malaikat pun nak diseret sama dalam PRK Manik Urai untuk menjamin kemenangan mereka.

Share/Save/Bookmark

UMNO Terkedu

June 27th, 2009 by admin

Kegelisahan Ahli, Penyokong dan Pendokong PAS dengan isu Kerajaan Perpaduan berakhir bila Tok Guru membuat kenyataan yang sudah pasti membuatkan UBN terkedu.  Tapi percayalah akan adalah pulak komen-komen dari UBN yang bermacam-macam.

Almaklumlah bila hasrat dan hajat nak memecah belah dan memporak perandakan PR telah hancur berkecai sama sekali. Secara peribadi saya sama sekali tidak setuju PAS “join venture” dengan UBN.

Begitu hebat sekali media UBN yang dah tak Perdana lagi membakar isu ini hingga rakyat di bawah menjadi kelam kabut.  Rasa-rasanya PAS macam akan di sambar Garuda!!

Tapi bila nonton video klip ni sejuk rasa hati dan nampak kemesraan Tok Guru dengan anak-anak buahnya.

Sayonara Kerajaan Perpaduan…!!

Share/Save/Bookmark

,

Kerajaan Perpaduan Yang Diputarbelitkan UMNO

June 20th, 2009 by admin

“Unity Goverment ni semua parti dalam Kerajaan, PAS dalam kerajaan, DAP dalam kerajaan, PKR dalam kerajaan, UMNO dalam kerajaan. Sama-sama ada kuasa. Sama-sama ada hak dalam menegakkan keadilan, sama-sama ada hak dalam media…” Tuan Guru Haji Hadi.

“Kalau semua setuju…PAS jadi menteri, DAP jadi menteri dan Keadilan jadi menteri,” Tuan Guru Nik Aziz

Kenapa kita kecoh sangat dengan putar belit UBN??

Copy & Paste ke blog anda video ini

Sebar-sebarkan maklumat ini untuk untuk kesejahteraan PAS dan PR

Video ini ada 9 siri saksikan di Malaysian Overseas Forum

Share/Save/Bookmark

Nik Aziz gesa Nasharuddin keluar PAS

June 20th, 2009 by admin

splash01 Wajah ini selalu tenang dalam ucapan dan bicaranya. Tidak pernah sekalipun saya dengar Tok Guru mengangkat suara dalam ceramah dan pengajian yang disampaikannya. Dalam apa juga kemelut yang melanda PAS beliau tetap tenang.

Tapi kali ini, dalam isu Kerajaan Perpaduan (bagi saya tidak lebih dari hanya untuk survival UMNO saja) Tok Guru agak melenting.  Kita tak nampak apa yang Tok Guru nampak sebagaimana ibubapa kita yang melarang anak-anaknya berbuat sesuatu.  Pastilah mereka dapat “merasakan” sesuatu yang tidak baik untuk kita.

Sense atau naluri ini tidak dapat kita pelajari di sekolah. Tapi bila kita dah ada anak cucu barulah kita tahu kenapa ibubapa kita melarang kita membuat itu dan ini.

Sebagai “orang tua” saya yakin Tok Guru tidak bercakap menurut emosinya semata-mata. Tok Guru dah melalui bermacam-macam godaan dan dugaan oleh UBN!!! termasuk kerajaan perpaduan tahun 1974!!

Pesanan Rasullah saw sangat jelas  yang mahfomnya “orang mukmin tidak akan dipatuk  ular dua kali dalam lubang yang sama”.

Ular yang namanya UBN ini masih berbisa tuan… walaupun sudah hampir mati!!

Saya pun berasa hairan bin ajaib bagaimana Ustaz Nasa boleh mengeluarkan kenyataan yang sudah pasti akan diambil kesempatan oleh UBN  untuk diputarbelitkan yang sudah pasti bertujuan untuk menjahanamkan PAS.

Rasanya tidak sukar bagi seorang pemimpin tertinggi untuk memahami perkara ini.

Satu lagi perkara pelik bin ajaib yang saya rasakan ialah kenyataan Dato Seri Najib yang sangat “lunak” memuji PAS adalah ikhlas dalam soal ini. Tapi dialah yang merampas  kerajaan PAS di Perak!!?

Dan memang sahlah kelunakan itu hanya untuk melaga-lagakan kepimpinan dan ahli-ahli PAS bila NST di muka depan dengan bangganya menyatakan PAS Devided Two!!.  lihat saya provokasi yang menyakitkan mata ini:-

pix_top_06195


Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menggesa timbalan presidennya Nasharudin Mat Isa meninggalkan parti itu dan meletakkan ahli parlimen Bachok jika masih ingin kerajaan perpaduan.

“Isu kerajaan perpaduan bukannya datang daripada PAS, ia adalah lontaran (idea) peribadi. Perkara itu tidak pernah dibincangkan dalam kertas sebagai agenda PAS mahupun dalam kertas Pakatan Rakyat.

“Kalau benar Nasharuddin nak setuju (dengan kerajaan perpaduan) lebih baik dia masuk Umno, letak jawatan timbalan (presiden PAS) dan di Bachok.

“Apa buat sampah, menyusahkan,” menteri besar Kelantan dipetik berkata selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di Kota Bharu hari ini.

Nik Aziz diminta mengulas kenyataan Datuk Seri Mohd Najib Razak semalam yang yakin terhadap keikhlasan PAS berhubung cadangan tersebut seperti yang dicetuskan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang baru-baru ini, lapor Bernama.

Kenyataan tokoh ulama PAS ini yang paling keras pernah dikeluarkan selepas menuduh beberapa pemimpin atasan PAS yang bersetuju dengan idea tersebut sebagai “boneka Umno.”

Khamis lalu, mengulas isu kerajaan perpaduan yang semakin bercelaru dalam PAS susulan kemunculan semula isu tersebut ketika muktamar awal bulan ini, Nik Aziz berkata:

“Saya tak boleh lari daripada keputusan Muktamar PAS di Ipoh tahun lalu… keputusannya ialah menyokong Pakatan Rakyat.

“(Yang sokong) perpaduan ini boneka Umno, terang dan jelas.

“Suara sumbang dari PAS untuk buat kerajaan perpaduan ini adalah boneka Umno.”

Dalam kenyataannya hari ini, Nik Aziz dilaporkan berkata “beliau kesal dengan pendirian Nasharuddin kerana PAS Kelantan menerimanya sebagai calon di parlimen tersebut” pada pilihanraya umum 2008.

Menurut agensi berita itu lagi, beliau juga berkata PAS dan Pakatan Rakyat kini “telah masuk perangkap Umno” berhubung isu berkenaan sehingga menimbulkan pecah-belah dalam kalangan mereka.

“Orang Umno sekarang ini sedang berpesta kerana PAS sedang berpecah dan Pakatan Rakyat sedang berpecah,” katanya.

Beliau juga dilaporkan berkata jika agenda kerajaan perpaduan itu benar-benar ingin dijadikan satu realiti, BN seharusnya melantik pemimpin daripada gabungan pembangkang untuk jawatan menteri.

“Kalau semua setuju…PAS jadi menteri, DAP jadi menteri dan Keadilan jadi menteri,” katanya.MStar

Share/Save/Bookmark

,

Penjelasan Yang Sangat Jelas

June 13th, 2009 by admin

Share/Save/Bookmark

Anjing Menyahut Seruan Azan

June 10th, 2009 by admin

Baru balik dari KL selepas menghantar anak mendaftar di sebuah kolej di Bangi. Letih badan belum hilang lagi. Tapi takut kalau tunggu, hilang letih maka hilang pulak cerita.

Jam 7 pagi bertolak ke Bangi dari Selayang, tempat bertanggak.  Sesampai di sana anak saya terus masuk dewan pendaftaran, kerana segala dokumen dan bayaran telah dibereskan awal-awal lagi. Tidaklah kelam kabut nak mengisi borang atau membuat bayaran last minute.

Jam 10.30 terus ke hostel ambil kunci dan hantar barang-barang. 12.30 ada taklimat untuk ibu bapa yang di sampaikan oleh Timbalan Reaktor. Dalam penerangan yang diberikan saya merasa agak yakin untuk meninggalkan anak di kolej tersebut bila disebutnya “Apa yang dihalalkan syarak maka halallah bagi kolej dan apa yang diharamkan oleh syarak maka haramlah bagi kolej”.

Ada ibu bapa yang bertanya “kami telah menjaga dan mendidik serta anak-anak berada dalam kawalan sepanjang mereka bersama kami, tapi kami akan meninggalkan mereka di bawah jagaan kolej”. Lalu ibu tersebut bertanya “adakah pihak kolej akan mengadakan kawalan atau pantauan dan mengadakan progrem-progrem seperti tazkirah  dan usrah untuk mendidik anak remaja yang merasakan mereka akan bebas dari kawalan ibubapa”?.

Jawapannya pun sangat menyenangkan hati ibubapa, bila dijelaskan  “visi dan misi kolej adalah selari dan sama dengan apa yang diutarakan oleh ibu tersebut, kerana kolej memang “mewajibkan setiap pelajar menghadiri usrah setiap jumaat tanpa gagal. Jika gagal maka diploma atau ijazah mereka akan ditahan.

Dalam menutup ucapannya Timbalan Reaktor menyeru ibubapa supaya selalu mengingatkan anak-anak akan solat dengan menghantar sms setiap subuh…. dan berharap ibubapa selalulah datang ke “Negeri Berkebajikan” ini.  Bertanya seorang peserta “Bukan perli ye?”. Lantas dijawab oleh Tuan Haji beliau berkata benar dan bukan perli atau sindiran.

Legalah sikit bila mendengar penjelasan tu. Setelah habis taklimat kami pun ke masjid untuk solat zohor walaupun agak lewat sikit.  Di dalam masjid saya tengok pelajar “asyik” membaca Al-Quran. Di sebelah luar ada dua kumpulan pelajar sedang ditasmikkan oleh pensyarah mereka.  Beruntunglah mak bapak mereka….

8-6-2009-2-29-21-pm_0021_opt2

8-6-2009-2-30-46-pm_0024_opt

Dua kumpulan pelajar sedang memperdengarkan hafazan mereka kepada Pensyarah


8-6-2009-10-54-38-am_0019_opt_opt

Ustaz Muda

Setelah semuanya selesai kami pun balik dan singgah di rumah adik saya di Kampung Cheras Baru. Badan terasa letih dan mata pun mengantuk. Apa lagi lenalah sekejap.

Sedang saya melayan mata yang mengantuk itu, terdengar “laungan” anjing yang mendayu-dayu. “Salak hantu” kata anak saudara saya. Salakan yang mendayu itu bukan oleh seekor tapi selagi ada anjing di kawasan itu kata adik ipar saya.

Seolah-olah anjing-anjing itu menyahut seruan azan yang dilaungkan oleh muazin di masjid. Yang pasti, setiap kali azan dilaungkan di masjid berhampiran setiap kali itulah anjing-anjing itu akan “menyahut” seruan azan tersebut. Yang paling jelas ialah pada waktu subuh kerana di waktu itu suasana sunyi.

Apakah misterinya taklah diketahui. Munkinkah kerana manusia dah malas nak jawab azan lalu Allah gantikan dengan anjing!? Atau mungkinkah hari kiamat dah terlalu hampir….

Jika ada sesiapa nak mendengar sendiri bolehlah ke Kampung Cheras Baru Kuala Lumpur berhampiran dengan bulatan Jalan Kuari- MRR2.  Tapi kenalah tunggu hingga masuk waktu solat.

Share/Save/Bookmark

Akhbar Propaganda UMNO Terbaru

June 6th, 2009 by admin

TIDAK dapat dipastikan apakah motif sebenar di sebalik tindakan dua Penolong Editor Edisi Negeri akhbar Sinar Harian memilih untuk meriwayatkan cerita sejarah hidup ahli PAS dalam dua keluarannya minggu lalu.

Bagaimanapun olahan dan jalan cerita yang mereka paparkan menyebabkan ada pembaca yang mempersoalkan status kisah diriwayatkan mereka itu. Apakah watak-watak yang mereka nukilkan itu benar-benar wujud? Apakah ia bersandar kisah benar, separuh benar atau semata-mata dongeng yang direkacipta mereka?

Lebih jauh lagi, ada yang mula meragui niat sebenar mereka memanfaatkan ruangan sangat penting itu untuk menyajikan cerita yang sama sekali tidak menggambarkan keseluruhan imej PAS yang sebenar.

Berani mati

Dalam edisi Selasa (2 Jun) lalu, seorang Penolong Editor Edisi Selangor & KL membawakan kisah sahabat lamanya yang digelarnya ‘Mat Min Kepioh Hijau’. Hamba Allah itu digambarkannya sebagai seorang penyokong berani mati yang sangat taksub kepada PAS.

Bagaimanapun dengan beberapa perubahan yang berlaku dalam kepimpinan PAS mutakhir ini, Mat Min Kepioh Hijau didakwanya telah luntur komitmennya kepada parti itu.

“Kepimpinan ulama semakin pudar … Konsep Membangun Bersama Islam sudah makin tersimpang … anasir luar sudah mula masuk dalam PAS dan perangai tak senonoh orang Umno sudah mula ditiru pemimpin dan ahli PAS,” begitulah luahan kecewa yang didakwa penolong editor itu sebagai keluar dari mulut Mat Min Kepioh Hijau.

Pembaca dapat mengesan penolong editor itu mengambil kesempatan atas premis cerita Mat Min Kepioh Hijau itu untuk turut menyelitkan ulasan dan lontaran beliau sendiri mengenai perkembangan pemilihan pucuk pimpinan PAS yang sedang berlangsung.

Hujung jatuh ceritanya itu bagaikan menerangkan maksud beliau membawakan kisah tersebut. Dia memetik lagi kata-kata Mat Min Kepioh Hijau, “pasal PAS tu biarlah pemimpin-pemimpin aku fikirkan. Kalau puak-puak tu tak nak berubah … biar aku yang ‘berubah’.”

Bagi kita, kata kunci yang mahu ditonjolkan dari seluruh cerita itu ialah orang ’sehijau’ dan seasli Mat Min Kepioh Hijau itu pun akhirnya sanggup ‘berubah’ dari terus bersama PAS. Agak jelas bukan niat beliau?

Paparan agak bias itu bagaimana pun tidak seburuk yang dicoretkan rakan setugasnya beberapa hari kemudian. Dalam edisi Jumaat (5 Jun), seorang Penolong Editor Edisi Perak menyambung bicara rakannya tadi.

Mat Kafir, Mat Murtad

Beliau membawakan pula kisah seseorang yang didakwanya sebagai kawannya dalam sebuah parti Islam. Hamba Allah itu, katanya, pernah digelar Mat Islam. Apabila dia keluar parti Islam itu, namanya ditukar kepada Mat Kafir, kemudian digelar pula Mat Murtad.

Sepanjang pengkisahan itu, penolong editor itu tidak pun merujukkan parti dimaksudkannya sebagai “PAS”. Namun tak perlu diperbodohkan minda pembaca, dengan beberapa istilah digunakannya, tindakan dan jalan cerita direkanya itu, semua insan waras akan mudah menyimpulkan beliau bermaksud menujukannya kepada PAS.

Contoh insiden dibawakannya amat meragukan. Jika pun ia benar-benar berlaku, kes sebegitu amat terpencil dan tidak sepatutnya dijadikan asas generalisasi terhadap imej dan kredibiliti PAS keseluruhannya.

Maaf cakap, bagi penulis coretan itu amat prejudis dan dipenuhi mala fide terhadap PAS. Agak terserlah niat jahat penolong editor itu yang menggambarkan seolah-olah PAS parti yang tidak langsung ambil pusing soal kebajikan ahli-ahlinya. PAS seolah-olah hanya tahu mengkafirkan orang dan hanya pandai melabelkan orang yang tidak menyokongnya sebagai murtad.

Apa yang dikesalkan, kedua-dua coretan itu disiarkan lewat ruangan �7 Minit�. Ruangan itu diibaratkan minda pengarang bagi akhbar berkenaan. Ia memuatkan hanya coretan dari editor atau penolong editor edisi negeri-negeri secara bersilih ganti.

Kolum terpenting

Bagi mana-mana akhbar pun, ruangan minda pengarang adalah kolum terpenting. Apa juga dicoret dan dimuatkan di ruangan itu melambangkan midan akhbar yang dibawa mereka.

Dalam konteks ini, apabila dua penolong editor sebuah akhbar yang selama ini dianggap bebas, terbuka dan tidak bias memilih ruangan minda pengarang akhbar mereka untuk membawakan cerita yang sengaja diolah dan dihuraikan bagi menelanjang dan memburukkan PAS, ia bukanlah suatu yang dialu-alukan.

Itu bukan bermaksud para pemimpin, ahli dan pendokong PAS tidak terbuka minda. Mereka boleh menerima kritikan dan teguran, tetapi biarlah dengan cara lebih bertanggungjawab.

Hanya dengan menyajikan kisah yang entah benar atau rekaan sebegitu, ia tidak membantu memberikan nasihat atau teguran yang sihat kepada PAS. Sebaliknya, ia mendedahkan Sinar Harian kepada tanggapan umum bahawa akhbar itu juga berhasrat menjadi tali barut dan alat propaganda BN.

Perlu diingat, akhbar berkenaan diminati dan dilanggani kerana gaya pemberitaannya yang terbuka dan tidak memihak. Ia menyajikan laporan dan ulasan dari persektif berbeza, sekali gus menjadi alternatif terhadap media arus perdana yang pro-BN.

Kita sudah tepu dengan akhbar dan media pengampu BN. Rakyat sudah muak dan terjeluak membaca minda pengarang yang tidak rasional. Justeru, tidak wajar Sinar Harian juga memilih untuk ikut menjadi akhbar sealiran itu. _

Saya memang tak pernah beli dan tak pernah percaya dengan akhbar ni, kalau diberi percuma pun hanya akan dibuat lapik bontot untuk dengar ceramah saja.  Dulu masa mula dilancarkan bukan main lagi promonya macam Harakah, semua pro rakyat!!

Tapi begitulah nasib akhbar di Malaysia kalau nak hidup lama kenalah mengampu pemerintah dan hentam pembangkang, kalau tidak berkuburlah jawabnya.

Kononnya telus dan berani tapi bila baca, sah laporannya senget sebelah dan memualkan.

 

Share/Save/Bookmark

SENARAI KEPUTUSAN JAWATANKUASA KERJA PAS PUSAT BAGI SESI 2009-2011

June 6th, 2009 by admin

SENARAI KEPUTUSAN
JAWATANKUASA KERJA PAS PUSAT BAGI SESI 2009-2011
 
 
PENGERUSI TETAP (MTB)
Abu Kasim Bin Abdullah, Ustaz Haji

TIMBALAN PENGERUSI TETAP
Hussin Bin Haji Ismail, Haji

PRESIDEN (MTB)
Abdul Hadi Hj Awang , YB Dato’ Seri Tuan Guru Haji

           
TIMBALAN PRESIDEN
Nasharudin Mat Isa, YB Ustaz Haji

 
 
NAIB PRESIDEN
Tuan Ibrahim Tuan Man, Dato’ Ustaz(877)
Salahuddin Ayub, YB (824)
Mahfuz Omar, YB Dato’ Haji (663)
 

 

 
AHLI JAWATANKUASA KERJA

Mohamad Nizar Jamaluddin, YAB Dato’ Seri Ir (854)
Idris Haji Ahmad, Ustaz Haji (799)
Kamarudin Jaffar , YB Dato’ (769)
Azizan Abd Razak, YAB Dato’ Seri Ustaz (653)
Hasan Mohd Ali , YB Dato’ Dr Hj (642)
Mohd Hatta Md Ramli, YB Dr. Haji (638)
Abdul Ghani Samsudin, Ustaz Haji(637)
Abu Bakar Chik, Dato’ Ustaz Haji (622)
Mohamed Hanipa Maidin, Sdr (619)
Amiruddin Hamzah, YB Dato’ Ir. (606)
Lo’ Lo’ Haji Mohamad Ghazali, YB Dr. (589)
Ab Ghani Abdul Rahman, Ustaz Haji (584)
Dzulkefly Ahmad, YB Dr. (576)
Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, YB Dr. (530)
Hashim Jasin, YB Ustaz Haji (522)
Mazlan Aliman, Sdr (513)
Taib Azamudden Md Taib, YB Ustaz Haji (508)
Mujahid Yusof Rawa, YB Dr. (488)

 
 
PEMERIKSA KIRA-KIRA

Mohd Rashidi Bin Hassan
Musaniff Abd Rahman

Share/Save/Bookmark

Cool in the face of challenge

June 5th, 2009 by admin

Nampaknya macam berjaya mereka melaga-lagakan…dan dalam blog ini memang berlaga pun!!  Atau ada yang mengaku jadi orang PAS dan buat provokasi...dan kita pun melatah!!

Dengan itu KITA memberi BN senjata untuk melaga-lagakan sesama kita, melemahkan kekuatan yang kita bina selama ini dan menghulurkan leher kita untuk dipancung oleh mereka! Bila mereka kembali kuat mereka pancung kita dengan penuh kerelaan seperti dulu…..[seterusnya]

Share/Save/Bookmark

« Previous Entries

RSS Feed