Rakusnya UBN

May 28th, 2009 by admin

muktamar

 

Rakus dan pelahapnya UBN tak dapat nak dibayangkan. Sebaik saja dapat merampas kuasa di Perak habislah segala peraturan dan undang-undang dirempuh ranapkan.

Segala tok-tok sidang habislah ditukar kembali kepada sidang wakil rakyat.  Mereka ini hanya menurut perintah atau “yes man” pada wakil rakyat. Bukan berkhidmat untuk rakyat. Segala pertukaran dibuat secara otomatik macam tok hakim mahkamah rayuan buat keputusan kes MB Nizar. One man show!!!

Dalam hal ini aku tabik spring kat Zambery berana berjaya menyalin (macam salin baju) segala yang telah dibuat oleh kerajaan PR dalam sekelip mata.

Dua tiga hari ni, habislah semua Ahli Majlis ditukarnya pulak. AM yang dilantik oleh kerajaan PR dah dicampak ke longkang.

Terdengar suara-suara dari kakitangan Majlis Daerah sendiri kata AM yang baru dilantik ni semuanya Ulo Ayo!!! Yang dulu lebih baik, mereka bekerja untuk rakyat.

Teringat aku masa PR mula menang dulu, JKKK (JKKKP) kelam kabut pergi bank keluarkan duit macam orang kena sawan babi. Mereka takut duit tu dirampas oleh JKKK PR. Tapi nampak sangat bodohnya JKKKP ni, mana boleh orang lain keluarkan duit dari akaun mereka kalau bukan mereka yang menyainnya!!

Tapi bila UBN  ragut balik Perak, tak nampak pulak aku JKKK(PR) ni kelam kabut ”melarikan” duit-duit tu semua.  Aku tengok mereka relax je! Mungkin tak ada duit nak dikeluarkan atau dia orang ni tahu undang-undang dan faham peraturan.

Ada sahabat beri insyarat kat aku ada dua lagi PRK kat Perak ni. Dia kata tak lama lagi Insyallah, sebab ada dua ADUN UBN yang tengah nazak.  Tapi bila aku tanya dia tak nak beri tahu nama dan di mana. “Nanti…..” katanya.

Dari dua perangai manusia yang berlainan mazhab ni aku dah boleh buat keputusan bila sampai hari mengundi nanti. Tak kiralah PRU ke atau PRK ke atau PRP (Pilihanraya Perak). 

Aku juga dapat menilai kenapa mereka macam kerasukan hantu untuk merampas balik Perak dari PR.

Share/Save/Bookmark

Kak Minah oh Kak Minah

May 28th, 2009 by admin

Rasanya semua orang dah tahu cerita kak Minah gedik ni. Aku pun rasa nak meloye baca cerita dia. Tak payah tarik diri kak Minah ooiii…. aku lagi suka kak Minah bertanding dan tak sabar nak tengok kak Minah hilang wang pertaruhan macam nenek kebayan di Trenganu dulu.

Lalu ke kak Minah nak jadi TKM!!!?? kalau nak lawak pun biarlah yang padan-padan….

Duduk di rumah zikir  lagi baik kak minah ooi… daripada jadi prokxy UBN yang dah nak tersungkur tu… dia pun takut nak berdepan dengan RAKYAT sekarang ni.

Apa kata YB Azmin aku setuju sangat.

Azmin gelar calon bebas ‘Minah Ronggeng’

Calon bebas, Aminah Abdullah yang mendakwa ditawarkan sogokan oleh PKR supaya menarik diri daripada bertanding dalam pilihanraya kecil Penanti, mendapat gelaran ‘Minah Ronggeng’ daripada Naib Presiden PKR, Azmin Ali.

pkr national congress 301108 azmin aliBerucap dalam ceramah di Penanti malam tadi, Azmin berkata, tuduhan Aminah itu tidak berasas sama sekali dan mahu beliau (Aminah) ‘mencerminkan’ dirinya terlebih dahulu sebelum membuat dakwaan liar terhadap bekas rakan-rakannya.

Azmin yang juga ahli Parlimen Gombak mempermain-mainkan Aminah dan berulangkali memanggilnya ‘Minah Ronggeng’, kerana mendakwa PKR menawarkan jawatan timbalan ketua menteri (TKM) jika beliau (Aminah) memenangi pilihanraya kecil itu.

“Mengapa PKR mahu menawarkan kepada seorang seperti Minah Ronggeng jawatan TKM? Mengapa kita hendak tawarkan kepadanya sedangkan kita ada seorang bekas profesor sebagai calon kita?” soalnya.

Oleh itu, katanya, ‘Minah Ronggeng’ tersebut perlu mencerminkan mukanya terlebih dahulu sebelum membuat tuduhan tidak masuk akal seperti itu.

Kira-kira 1,000 orang penduduk di Kubang Ulu menghadiri ceramah tersebut.

Pilihanraya kecil Penanti Ahad depan menyaksikan pertandingan antara calon PKR yang juga pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM) dari PKR dan tiga calon bebas - Aminah, Nai Khan Ari Nai Keow Kamarul Ramizu Idris.

cheah kah peng lim eng nam rebutal on aminah abdullah allegation penanti by election pc 260509 03Sebelum ini, Aminah mendakwa dua pemimpin PKR - anggota Majlis Tertinggi, Cheah Kah Peng dan timbalan ketua PKR bahagian Batu Kawan, Peter Lim - cuba menyogoknya RM80,000 dan menawarkan jawatan yang dipertua sebuah majlis perbandaran, jika beliau (Aminah) menarik diri daripada bertanding.

Beliau juga mendakwa, kedua-dua pemimpin PKR itu menawarkan jawatan TKM jika beliau (Aminah) tetap bertanding dan memenangi pilihanraya kecil tersebut.

Aminah juga telah memberi bukti dalam bentuk foto dan rakaman audio kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) untuk menyokongnya laporannya. Malaysiakini

Share/Save/Bookmark

Konvensyen PAS Perak

May 24th, 2009 by admin

ketayapputihcom-1

ketayapputihcom-2

ketayapputihcom-3
ketayapputihcom-5

Persiapan menghias Dewan dan Pentas Konvensyen secara bergotong royong, maaf le tak ada tender terbuka atau tertutup.  YB Anuar Sudin dan YDP Pas Kawasan Ustaz Ismail Che Nik, Timbalan YDP saudara Rostam Ketua Pemuda Ustaz Fatah Awang sendiri turun padang.

ketayapputihcom-06

ketayapputihcom-17

Bahagian Pendaftaran

ketayapputihcom-derma-darah

ketayapputihcom-6

ketayapputihcom-10

ketayapputihcom-7

ketayapputihcom-9

ketayapputihcom-dermadarah1

Senyum aje! tak sakit ke bang? Pengerusi PASTI Teluk Intan En Shamsuddin

ketayapputihcom-11

ketayapputihcom-13

ketayapputihcom-14

Ketua Penerangan PAS Kawasan Teluk Tuan Haji Mohd Azhar sedang menziarahi khemah Pemeriksaan Kesihatan dan Derma Darah.

ketayapputihcom-15

ketayapputihcom-25

Guru Cemerlang PASTI Teluk Intan Puan Nor  Asiah Ahmad sedang membuat pemeriksaan darah. (Hari ni jadi doktor le pulak!!)

Khemah Pemeriksaan Kesihatan Percuma dan Derma Darah yang diketuai oleh Dr Nurul Huda paling mendapat sambutan dari para peserta dan pemerhati Konvensyen.


ketayapputihcom-22

Perwakilan dari Batu Gajah

ketayapputihcom-24

ketayapputihcom-21

ketayapputihcom-26

ketayapputihcom-111

ketayapputihcomhjmadnoor

Gerai-gerai yang menjual produk Islam  juga mendapat sambutan. Berilah sokongan kepada produk-produk Islam yang halal lagi baik seperti ini dan tinggalkanlah produk yang tak diketahui status kehalalannya demi untuk meningkatkan taraf ekonomi umat Islam. Jika tidak anda siapa lagi yang akan membantu usahawan Islam.

ketayapputihcom-camera1

ketayapputihcom-27

ketayapputihcom-19

ketayapputihcom-28

ketayapputihcom-23

ketayapputihcom-34

ketayapputihcom-18

ketayapputihcom-30

ketayapputihcom33

ketayapputihcom-32

ketayapputihcom-31

Dewan dipenuhi oleh lebih seribu peserta yang terdiri dari Perwakilan dan Pemerhati yang datang dari seluruh negeri Perak.

P.S. Untuk mendapat paparan yang terbaik sila gunakan Google Firefox.  Anda mungkin sukar untuk surf blog ini kerana mengandungi imej yang terlalu banyak, harap bersabar @ upgrade streamyx anda!!

Share/Save/Bookmark

PASTI Ibnu Sina

May 24th, 2009 by admin

Dua peristiwa penting yang akan berlaku di Teluk Intan ialah pertama Sambutan Hari Guru PASTI Perak pada 23hb Mei 2009 dan Konvensyen PAS Perak pada 24hb Mei 2009.

Sejak PAS wujud di Malaysia ni, rasanya inilah kali pertama peristiwa besar yang akan di sambut di Teluk Intan. Maka bersiap sedialah cikgu-cikgu PASTI TI bagi menjayakan majlis yang meriah ini. Dari menghias pentas, mengemas dewan sehinggalah membuat latihan persembahan bagi anak murid mereka. Mereka sibuk sekali.

Anak-anak kecil PASTI akan membuat berbagai-bagai persembahan pada majlis yang gilang gemilang ini yang menjurus kepada mendekati Tuhan, sebagaimana yang diajarkan di sekolah masing-masing.

Tidak ada lagu-lagu lompat sikatak lompat atau tarian-tarian kebudayaan yang sia-sia. Dan tidak ada juga sajak-sajak mencaci maki seperti yang dituduh oleh UBN. Tapi itulah tohmahan yang sering diterima oleh PASTI.

Walaupun berbagai tuduhan yang diterima oleh PASTI, tetapi ia tetap tumbuh dan subur di kalangan masyarakat. Malah ramai juga di kalangan ibubapa dari UBN yang menghantar anak-anak mereka ke PASTI dan mereka mengakui PASTI adalah satu institusi pendidikan yang terbaik.

Ini juga diakui oleh guru-guru dari sekolah kebangsaan yang mana mereka mengakui, murid-murid “keluaran” PASTI mudah diajar apabila masuk ke darjah satu kerana mereka telah pandai menulis dan membaca. Malahan mereka juga sudah boleh mengaji Quran dan menghafal doa-doa.

Cumanya atas kepentingan politik, pemimpin-pemimpin UBN sering memburuk-burukkan institusi yang sangat murni ini.

26-4-2009-9-02-27-pm_00041

26-4-2009-9-10-55-pm_00131

26-4-2009-11-06-29-pm_0019

26-4-2009-9-08-21-pm_00011

Dulu saya dungu…..

Kini saya sudah tahu sesuatu

Hanya keranamu GURU yang mendidik saya tanpa jemu…

Moga ALLAH merahmatimu

Hari-hari dalam hidupmu.

TERIMA KASIH CIKGU

Dari,

Muaz & Mujahidah

Share/Save/Bookmark

,

Sambutan Hari Guru PASTI Kebangsaan 2009

May 24th, 2009 by admin

guru-pasti-teluk-intan_opt

Cikgu Dari Teluk Intan

Su, Midah, Sis, Bada, Habsah

cikgu-hamidah-dan-cikgu-thuraiya_opt

Cikgu Hamidah dan Thuraiya

bendahari-pasti-perak_opt

Cikgu Rosli- Bendahari PASTI Negeri Perak

cikgu-cikgu_opt

Wakil Guru-guru PASTI Seluruh Malaysia

guru-pasti-perak_opt

Guru-Guru PASTI Dari Negeri Perak

penerima-anugerah_opt

Guru-Guru yang Menerima Anugerah Pada Hari Guru 2009

persembagan-nasyid_opt

Persembahan Nasyid Dari Anak-anak PASTI Sabah

puan-khairiyah_opt

Puan Khairiyah,  orang kuat PASTI Malaysia

sajak_opt

Puisi dari Guru-Guru PASTI

senyum-simpoi_opt

Ummi dan sebahagian dari Guru-Guru yang hadir

tokoh-guru-pasti-2009_opt

Tohoh Guru PASTI Kemangsaan 2009

Puan Faridah Binti Dawam

yb-dato-mahfuz-omar_opt

YB Dato Mahfuz Omar Tetua Penerangan PAS Malaysia

di antara pemimpinan yang hadir pada sambutan Hari Guru PASTI Kebangsaan 2009

Di Hotel Emas, Tawau Sabah.

bersama-en-salleh_opt

Gambar kenangan bersama En. Salleh seorang pemilik chalet di Tawau

hidangan-orang-tawau_opt

Hidangan Orang Tawau

senja-di-tawau_opt

Panorama  Bandar Tawau pada waktu senja dari atas Hotel Emas

Share/Save/Bookmark

Di manakah Letaknya Daulat?

May 21st, 2009 by admin

TABAL JIN adalah merupakan suatu istiadat turun temurun bagi Salahsilah Kesultanan Perak…..


pelangi-perak-blogspot-dot-com400

Artikel penuh sila klik imej

Share/Save/Bookmark

Sah BN Tidak Bertanding Di Penanti

May 19th, 2009 by admin

KUALA LUMPUR, 18 Mei (Bernama) — Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) hari ini memutuskan untuk tidak meletakkan calon pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Penanti, di Pulau Pinang.

Perdana Menteri dan Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak, yang mengumumkan keputusan itu selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi BN selama lebih dua jam di Menara Datuk Onn di sini, berkata perkara itu dibincangkan dengan “panjang lebar” dan semua parti komponen BN menyetujui keputusan tersebut.

“Dewan Tertinggi (BN) mengambil keputusan oleh kerana kekosongan ini bukan disebabkan oleh peruntukan di dalam perlembagaan yakni kekosongan disebabkan kerana Parti Keadilan (Rakyat) hendak menyelesaikan masalah dalaman mereka.

“Oleh kerana ini juga satu permainan politik pembangkang dan tidak ada kena mengena dengan peruntukan perlembagaan dan oleh kerana BN lebih mengutamakan khidmat kepada rakyat dan usaha untuk memulihkan ekonomi negara, maka kita memutuskan supaya tidak meletakkan calon untuk bertanding pada pilihan raya kecil di Penanti,” katanya.

Pada 27 April, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh penamaan calon bagi pilihan raya kecil kerusi DUN N.12 Penanti, Pulau Pinang pada 23 Mei ini, dan jika ada pertandingan hari mengundi ialah pada 31 Mei.

Kerusi DUN itu kosong berikutan peletakan jawatan wakil rakyatnya Mohammad Fairus Khairuddin melalui surat bertarikh 19 Mac 2009.

Mohammad Fairus, 33, daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengumumkan peletakan jawatannya pada 16 April lepas dengan alasan untuk melanjutkan pelajaran, selain membersihkan namanya daripada segala tohmahan rasuah.

Beliau sebelum itu turut meletak jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang berikutan dakwaan terlibat dengan rasuah.

Akhir bulan lepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagaimanapun menjelaskan suruhanjaya itu tidak ada asas untuk mendakwa beliau.

Pada pilihan raya umum tahun lepas, Mohammad Fairus memenangi kerusi DUN Penanti dengan meraih 7,346 undi, menewaskan calon BN Datuk Abdul Jalil Abdul Majid dengan majoriti 2,219 undi.

Ditanya mengenai reaksi penyokong tradisional BN di DUN berkenaan, Perdana Menteri mengulangi bahawa pilihan raya kecil itu bukan disebabkan oleh peruntukan dalam perlembagaan.

“Kita masih akan berkhidmat kepada pengundi di kawasan Penanti dan Permatang Pauh mengikut saluran kita. Saya tahu mereka (pengundi BN) faham. Kepentingan parti keseluruhannya lebih besar,” katanya.

Najib berkata keputusan BN hari ini dibuat sebulat suara walaupun sebelum ini ada parti komponen BN yang menyuarakan pendapat berbeza mengenainya.

“Kita buat secara sepakat… kita tak mahu menari mengikut rentak orang lain, sebab kita tahu ini satu mainan politik,” katanya lagi.

Ditanya sama ada BN akan memboikot pilihan raya kecil itu, Najib berkata: “Tidak ada, kita cuma tak letak calon di Penanti.

Najib berkata keputusan BN untuk tidak bertanding di Penanti bukan disebabkan takut, kerana lambat laun parti pemerintah itu terpaksa juga berdepan dengan rakyat pada pilihan raya umum bila sampai masanya.

Ditanya mengenai persepsi yang mungkin timbul kerana keputusan untuk tidak bertanding, beliau berkata: “Itu terpulanglah tetapi hakikatnya kita tak mahu terjerumus dengan mainan politik parti pembangkang. Lepas dua tiga bulan, dia akan minta kawasan lain dikosongkan.”

“Ini bukan kali pertama BN tidak bertanding pada pilihan raya kecil kerana pernah sekali dulu saya difahamkan, dulu… lama dulu, tak letak calon bertanding, keadaan ini pun dulu tak pernah berlaku, tak ada mainan macam ini,” katanya.

Perdana Menteri juga ditanya mengenai kenyataan Hindraf hari ini yang memberi kata dua kepada kerajaan supaya tidak menghadapkan P. Uthayakumar dan mereka yang ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), kepada Lembaga Penasihat ISA dan mengugut untuk mengadakan perhimpunan jalanan jika diwajibkan berbuat demikian.

“Kita mesti hormati proses undang-undang. Tiada sesiapa pun yang boleh beri kata dua. Kita sudah membuktikan bahawa kerajaan ini kerajaan yang bertimbang rasa dan bukanlah kerajaan zalim yang hendak menekan mana-mana pihak asalkan dia menghormati undang-undang negara. Kita juga akan menguatkuasakan undang-undang dengan cara paling berhemah,” kata Najib.– BERNAMA

Bagi aku jawapan yang tersirat yang ada pada Najib ialah tak lain dan tak bukan UBN takut akan kalah teruk di Penanti, dan ini pasti akan memalukan Najib sebagai komanden tertinggi UBN dan terserlahlah akan kelemahan dan “kemandulan” politik Najib.

Dari sembang-sembang kedai kopi, aku dengar ramai yang akan turun ke Penanti untuk memberi signal kepada UBN, rakyat dah tak mau kat hang pa!!!

Mari kita saksikan sekali lagi Mexican Wawe yang berlaku di P059 Bukit Gantang berulang sekali lagi di Penanti.

Sejak dari Zaman Tunku sampai zaman Pak Lah tak pernah ada yang UBN tak bertanding dalam Pilihanraya Kecil sebab masa tu UBN mesti menang punya. Tapi bila rakyat dah bangkit dan tahu segala taktik kotor yang digunakan UBN dan segala pujuk rayu, rasuah, ugutan dah tak makan, macam-macam alasanlah yang diberikan untuk tak bertanding.

Jawapannya yang macam tu  aku pun oleh bagi “dulu-dulu” pernah sekali….kah kah kah…

Pandai pulak beri alasan “macam mainan” . Tak reti pulak nak buat magic kejap ada kejap tak ada. Kidnap le DUN Penanti tu bagi hilang dari peta Malaysia, lepas tarikh pilihanraya letak le balik……macam tiga ADUN Perak dulu.

Kepada rakyat Malaysia yang cintakan keadilan mari kita turun berbondong-bondong ke Penanti  23 hb Mei 2009 ni untuk menyatakan penolakkan kita pada UBN yang dah nazak nie.

Share/Save/Bookmark

Tidak wajar tuduhan tanpa bukti disebarkan - Nik Aziz

May 17th, 2009 by admin

Ini satu lagi berita yang buat aku kecut perut membacanya. Tentang penyakit R>A>S>U>A>H>. Harap-harap berita ini tak beno dan tak betui. Kalau betui aku harap PAS, boleh laksanakan hukun Hudud pada siapa yang beri dan siapa yang terima.

Mula-mula kecik le, lama-lama jadi barah dan nanah macam dalam UBN, nak potong tangan pun dah tak boleh dah, dah hanchooo.. melainkan kuburkan je!

Perkara ini mesti diambik serius oleh pimpinan tertinggi, jangan bila dah jadi bubo baru nak ambik tindakan.  Dah telambat!!

Sekarang ni le nak beghongkehkan benda-benda tu semua, sapa rasuah “panchong” teghoih. (Susah nak ngeja cakap Peghak ni!)

tok-gunu-nik-azizKOTA BHARU, 17 Mei (Hrkh) - Perwakilan PAS diharap tidak berkompromi dengan calon-calon yang dikatakan mengamalkan ‘politik wang’ pada pemilihan sempena muktamar PAS pada bulan depan.

Mursyidul Am, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat melahirkan rasa dukacita sekiranya benar ada pemimpin PAS yang cuba menyogok wang bagi mendapat kedudukan dalam parti.

“Sewajarnya orang sedemikian ditolak perwakilan bagi memastikan ia tidak wujud dalam PAS sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam.

“Orang berpeluang menuduh kita sekiranya kita membiarkan diri melakukan sesuatu yang bercanggah,” katanya selepas meraikan bakal pendaki Gunung Everest, di pejabatnya hari ini.

Baru-baru ini Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Dato’ Mohamed Daud mendakwa ada calon yang akan bertanding pada muktamar PAS bulan depan difahamkan memberi saguhati kepada perwakilan.

Ketika ditanya berhubung tindakan yang perlu diambil sekiranya ada calon yang bakal bertanding turut mengamalkan politik wang beliau berkata, calon seperti itu hendaklah ditolak.

“Sebagaimana saya sering sebut sebelum ini ‘beri gula kacau, beri kain pakai, beri lembu sembelih, tetapi bila mengundi pangkah calon PAS’ hendaklah terus dipraktikkan.

“Duit yang dia bagi kita ambil, tetapi jangan undi dia, akhirnya dia akan perit setelah dia berasa dia bodoh dan tertipu,” ujarnya.

Oleh itu beliau menasihatkan perwakilan PAS tidak membiarkan gejala seperti yang menimpa Umno sekarang menjangkiti PAS.

Beliau juga bersetuju tindakan perlu diambil terhadap orang yang membuat tuduhan tanpa dapat mengemukakan bukti yang kukuh.

Menurutnya setiap dakwaan mesti ada fakta kerana tuduhan tanpa bukti ia akan menggelirukan masyarakat.

“Seharusnya perkara seperti itu tidak didedahkan kepada masyarakat, sebaliknya masih ada lagi jalan untuk diselesaikan sekiranya ia benar-benar berlaku.

“Dalam Islam sendiri tidak dibenarkan penganutnya menyebarkan benda yang tak baik kepada masyarakat, kalau ia sekadar berupa teguran tidak mengapa kerana tuduhan dan teguran dua perkara yang berbeza,” ujarnya.

Beliau turut melahirkan rasa syukur apabila Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menang tanpa bertanding biar pun sebelum ini media sering membuat spekulasi jawatan itu akan ditandingi.

Kata beliau biar pun media sering memperbesarkan isu pengganti presiden, namun sebagai sebuah gerakan Islam pemimpin yang berkemampuan wajar dikekalkan.

“Selagi beliau masih sihat, Insya-Allah amat wajar Ustaz Hadi terus menerajui kepimpinan parti. Ini ketokohan beliau diakui di seluruh dunia apabila sering dijemput hadir menyampaikan ucapan.

“Sememangnya payah hendak dicari pemimpin macam itu. Kalau ada yang silap sedikit sebanyak, kita pakat tegur. Saya pun begitu juga, ada salah boleh tegur, saya sangat suka orang tegur saya, tetapi teguran biarlah berfakta,” katanya.

Beliau juga memberitahu ada PAS kawasan mencalonkannya bertanding jawatan presiden, namun beliau menolak cadangan itu.

Katanya beliau sudah serik dengan pengalaman ketika menandingi jawatan Ketua Dewan Ulamak PAS pada tahun 1960-an iaitu menentang Haji Husin Rahimi.

“Saya terkilan sampai ke hari ini kenapa melawannya pada waktu itu. Sebab itulah sampai sekarang saya telah serik untuk bertanding merebut apa-apa jawatan,” ujarnya. - mj _Salmah Mat Husin/Harakahdaily

Share/Save/Bookmark

,

Najib punca kemelut Perak!

May 17th, 2009 by admin

KUALA LUMPUR, 17 Mei (Hrkh) - Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak tidak boleh menafikan bahawa beliau merupakan punca kemelut politik di Perak kerana seluruh dunia telah melihat bagaimana beliau mengetuai rampasan kuasa di Perak pada 5 Februari lalu.

Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Ahmad Awang menegaskan sewaktu rampasan kuasa itu dilakukan, Najib merupakan Pengerusi Umno Perak yang mana pada waktu itu juga beliau masih Timbalan Perdana Menteri.

Ahmad dalam kenyataanya sebelum ini menegaskan kecamukan serta kemelut politik yang berlaku hari ini di Perak berpunca daripada tindakan Najib .

Bagaimanapun Najib dalam kenyataannya pada 15 Mei lalu menafikan beliau punca kemelut politik di Perak dan meminta rakyat tidak menyalahkan Sultan Perak kerana pelantikan Dato’ Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar mematuhi undang-undang.

“Krisis perlembagaan di Perak berpunca apabila Najib sendiri mengenepikan undang-undang. Jika betul beliau mengatakan Barisan Nasional berhak berkuasa di Perak dan mempunyai majoriti, sidang Dun harus diadakan dan perkara tersebut harus dibawa ke dewan dan adakan undi tidak percaya.

“Namun beliau menyembunyikan tiga orang Adun tersebut. Sebab itu saya mengatakan Najib seorang yang rakus dan tamak. Beliau tidak boleh menafikan penyebab krisis di Perak kerana berlaku pengambilan kuasa di Perak yang dipilih oleh rakyat,”tegasnya sewaktu dihubungi Harakahdaily baru-baru ini.

Jelas Ahmad, Najib cuba mengelirukan rakyat dengan menyatakan tiga orang Adun yang telah keluar daripada Pakatan Rakyat yang berstatus sebagai Adun Bebas adalah Adun BN.

“Apabila diadakan undi tidak percaya di dalam dewan nanti, kita boleh tunjukkan surat janji ketiga-tiga mereka yang menyokong kerajaan campuran tiga parti ini dan menyokong Dato’ Seri Nizar sebagai Menteri Besar. Perjanjian ini secara bertulis. Dan sudah tentu ketiga-tiga mereka tidak berani mengangkat tangan menyokong pada pihak BN.

“Ini kerana jelas mereka akan mungkir janji kepada Sultan. Dan dengan sendiri mereka boleh dikaitkan menderhaka kepada Sultan. Jadi implikasinya banyak,” katanya.

Sehubungan itu beliau tetap berpendirian Najib yang memulakan serta punca kemelut yang berlaku di negeri Perak itu. - mks. _Harakahdaily

Macam mana deme boleh nohennn aje macam tak buat salah!!. Jatuhnya awak pulak yang salah.
Lempo bom sembunyi tangan!!!

Share/Save/Bookmark

Selamat Hari Guru

May 17th, 2009 by admin


Share/Save/Bookmark

« Previous Entries

RSS Feed