Inilah dia pemimpin PAS sebenar.

November 14th, 2009 by admin

Oleh: Huzaifah Ahmad Yamani : PerakExpress

Sewaktu berkhidmat di Harakah lama dahulu, saya kerap juga bertemu dengan almarhum Datuk Fadzil Noor. Sikapnya yang bersahaja, tidak terlalu berprotokol memudahkan urusan ramai orang. Datuk Fadzil pergi mengadap Allah SWT lebih lapan tahun dabulu, dalam keadaan ahli-ahli PAS dan umat Islam masih mendambakan khidmat baktinya. Saya tidak akan dapat melupakan, pada tahun 2000 saat saya menjadi perwakilan ke Muktamar PAS di Taman Melewar, gaya dan cara Ucapan Penangguhan Presiden oleh Datuk Fadzil amat mengesankan. Saat itu, beliau menasihati pimpinan muslimat agar lebih rasional dalam berfikir dan bertindak. Uslub nasihat Datuk Fadzil kala itu saya rasakan lebih kepada seorang ayah menasihati anaknya. Sejuk dan menyamankan jiwa. Tidak menyakitkan telinga dan hati. Begitulah kelebihan beliau yang sempat saya rasa.

Anda tahu, ramai orang menganggap Datuk Fadzil sebagai perintis dalam menyatukan saff parti-parti opposisi pelbagai ideologi di Malaysia. Sewaktu beliau mengunjungi DSAI selepas dipecat oleh DrM, ramai pemimpin dan ahli PAS marah-marah. Rupa-rupanya, ia tindakan bijaksana yang membawa rahmat kepada PAS. PAS dilihat satu-satunya parti yang mendahului dalam usaha membela keadilan apabila ada orang yang kena zalim – hatta yang dizalimi itu adalah musuh politiknya satu waktu dahulu. Akhirnya, rakyat Malaysia yang selama ini mempunyai PERSEPSI HITAM kepada PAS berubah 180 darjah. PAS bukanlah ekstrimis; tetapi fundementalis Islam yang praktis.

Itulah kebijaksanaan Datuk Fadzil Noor.

Saya masih ingat, di dalam satu tulisan oleh Sdr Hanipa Maidin, peguam yang terkenal dalam PAS (dan tahniah kerana Hanipa lebih terbuka mendepani teguran demi kebaikan PAS berbanding segelintir pemimpin PAS yang lain), Hanipa ada menceritakan betapa hemahnya Datuk Fadzil Noor saat menjawab atau menangkis serangan soalan yang memerangkap beliau atau lebih tepatnya kepada PAS yang bernuansakan Islam.

Hanipa menceritakan, semasa beliau menjadi penterjemah kepada satu sesi wawancara antara Datuk Fadzil bersama wartawan Austria, wartawan itu bertanya apa akan jadi kepada Pusat Perjudian di Genting jika PAS berkuasa? Ini memang soalan perangkap. Jika segelintir pemimpin PAS hari ini yang diuar-uarkan bermasalah, yang kononnya terlalu ISLAMIK hingga semua nak DIRAMPAS dan DIHARAMKAN, maka pastilah jawapannya: KAMI AKAN TUTUP PUSAT PERJUDIAN ITU! KAN JUDI ITU HARAM DI SISI ISLAM!!

Tetapi, Hanipa menyatakan, jawapan Datuk Fadzil adalah seperti ini: “Bagi kita ( PAS ) ada isu yang lebih besar dari isu yang kamu bangkitkan tersebut. Bagi kita ( PAS ) isu tentang penyalahgunaan kuasa, isu rasuah , isu pencabulan hak asasi dan isu pencabulan sistem demokrasi dalam negara ini adalah isu-isu besar yang rakyat mahukan kita ( PAS ) membuat perubahan jika kita ditakdirkan mengambil alih kuasa dari Barisan Nasional.”

Nah! Saya sokong 100% apabila Hanipa menyatakan, dia begitu kagum dengan uslub dan jawapan Datuk Fadzil Noor. Jawapan itu bukanlah seperti mana yang diharapkan oleh wartawan Barat yang memang skeptical dengan Islam dan bukan juga seperti jangkaan ramai orang. Tetapi jawapan itu padat dan sarat dengan intipati perjuangan PAS yang akan dilaksanakan jika sudah menguasai politik Malaysia. Secara tidak langsung, Datuk Fadzil mencerminkan jiwa besar PAS dalam wawasan politiknya; tidak hanya tahu mengHARAMkan sahaja! Namun, beliau sedikit pun tidak menafikan bahawa judi itu haram, cuma seperti kata ramai orang, itulah dia politikus Islam, bijak mendepani keadaan, tidak gopoh, tidak suka mencari popularity dan publisiti murahan dan lebih utama, sedar atas implikasi ucapannya. Bukankah nabi ada menyatakan: “Berkatalah kamu kepada manusia di depan kamu mengikut kapasiti minda dan kadar penerimaan diri mereka.” Datuk Fadzil sedar siapa di hadapannya dan ada perangkap sudah dipasang, lalu dia bijak menyusun bicara.

Sebaliknya, ada segelintir pemimpin PAS hari ini sudah tidak mewarisi kebijaksanaan ini. Mereka ghairah dengan kekuasaan yang didapati tiba-tiba. Mereka merasakan, semuanya kena dilaksanakan SEGERA. Tutup itu tutup ini. Haram itu haram ini. Larang itu larang ini. Akibatnya, ia mendatangkan gambaran buruk kepada PAS dan lebih teruk kepada Islam yang PAS lagang selama ini. Orang bukan Islam yang sudah mulai tertarik kepada PAS, tiba-tiba merasakan PAS sudah menghampiri garis ekstrimis. Iyalah, tiba-tiba sahaja ada pemimpin PAS yang bertindak di luar jangkaan, menegah itu menegah ini, mengharamkan itu mengharamkan ini. Itu tidak boleh, ini tidak boleh. Mereka melihat, keanjalan PAS selama ini sudah kian menghilang diganti dengan kekerasan dan kebekuan. Bagi saya, kebebalan sebenarnya, maaflah…kasar bahasa ini!

Walhal, Datuk Fadzil Noor begitu hebat memberikan citra baharu kepada imej PAS. Begitu juga, TGNA juga bersungguh-sungguh memberikan wajah yang indah kepada PAS. Hampir 20 tahun mentadbir Kelantan, tak ada sekali pun kita dengar orang bukan Islam di sana mengeluh tentang tindakan PAS yang menyakitkan mereka. Hatta orang Hindu pun sanggup menyarung T-Shirt berwajah Tok Guru. Begitulah, mereka menyanjungi PAS dengan cara mereka sendiri. Sayangnya, kerana sikap segelintir pemimpin PAS, semuanya sudah pudar. Semuanya mulai hilang diganti dengan gambaran negatif dan momokan halus yang penuh pra-sangka. Dan inilah akhirnya melahirkan PERSEPSI negatif yang merugikan PAS.

Cadangan saya, semua pemimpin PAS kena duduk kembali dan buat semakan semula (muhasabah dan koresksi diri). Upayakan suatu penjernihan fikrah agar PAS kembali di atas landasan yang betul. “Islam untuk semua” hanya akan tinggal slogan penuh retorika jika ia tidak diisi dengan tindakan yang menyokongnya. Benar kata Sdr Hanipa, Nabi Muhammad saw sendiri enggan membunuh Abdullah bin Ubay si kepala munafik, kerana enggan ditohmah: “Muhammad sendiri membunuh sahabatnya…”, maka soalan saya…gawat sangatkah keadaan hari ini sehingga perlu semuanya DILAKSANAKAN segera tanpa mengambil kira wake’ atau maslahah semasa? Jika Nabi SAW sendiri mampu bersabar…kenapa tidak kita? Hmmm…Hanya mereka yang berkenaan dan membaca tulisan ini sahaja, ada dan tahu jawapannya.

Wallahua’lam!

Share/Save/Bookmark

RM6,500.00 Untuk Anda

October 7th, 2009 by admin

KUALA LUMPUR, 7 Okt: Perikatan Belia Bersatu Malaysia (Pembela) hari ini menaikkan tawaran dari RM1000 kepada RM6,500 kepada sesiapa yang menyerahkan gambar bukti Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim ditumbuk pada hari penamaan calon pilihanraya kecil Dun Bagan Pinang awal minggu lalu.

Menurut Timbalan Presiden Pembela, Mohd Dzohir Hamid bahawa, sejak berita berkenaan tawaran tersebut disiarkan oleh beberapa media online seperti Harakah Daily, Malaysiakini, Detik Daily, Utara Online dan Kedah Lanie serta tabloid Sinar Harian, pihaknya telah menerima beratus-ratus panggilan dari orang ramai untuk mengetahui tentang kedudukan tawaran tersebut, di samping ingin turut menyumbang wang sebagai tambahan tawaran kepada harga asal yang berjumlah RM 1000.00.

Katanya, setelah di buat penjumlahan wang yang bakal disumbang oleh orang ramai, Pembela mendapati jumlah keseluruhan adalah sebanyak RM 6,500.00. Maka dengan ini, kami mengambil keputusan menawarkan harga baru kepada sesiapa jua yang memiliki atau merakam gambar Datuk Abdul Azeez kena tumbuk ketika hadir di hari penamaan calon pilihanraya kecil Dun Bagan Pinang, Sabtu lalu”.

“Tawaran ini bukan main-main darai kami (Pembela),.. sebaliknya ia suatu yang serius dan ditegaskan bahawa Pembela bertanggungjawab atas tawaran tersebut, katanya.

Dzohir berkata, Pembela amat memerlukan gambar ini sebagai bukti di tasa dakwaan Datuk Azeez yang juga Ketua Putera Umno yang mendakwa dia dipukul oleh para penyokong PAS.

“saya tahu lebih daripada sembilan orang menyerang saya dan lebih 20 tumbukan saya terima sambil mendakwa orang yang menyerangnya terdiri dari orang lelaki memakai baju berlogo PAS”.

Laporan juga menyebut bahawa kejadian tersebut berlaku semasa beliau berada di tengah-tengah kelompok penyokong PAS di luar pusat penamaan calon pada kira-kira jam 9.20 pagi.

Bagi Pembela dakwaan Azeez ini perlu dibuktikan supaya ia boleh dipertanggungjawab samada oleh pihak yang dituduh (Pas) maupun dia selaku penuduh juga merupakan Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno yang meletakkan calon mereka bertanding di situ, kata Dzohir lagi.

Diharapkan dengan tawaran yang lebih besar ini, pihak yang merakam kejadian Datuk Azeez kena tumbuk sudi menjual gambar tersebut kepada Pembela� seperti yang dijanjikan pembayaran adalah secara tunai kepada pihak yang menjualnya.

Kata Dzohir lagi, tawaran harga ini membeli gambar ini hanya berlaku di semasa kempen pilihanraya kecil Dun Bagan Pinang berlangsung iaitu selewat-lewatnya pada jam 12 malam 10 Oktober depan�.

Sehubungan itu, pihak yang berkaitan bolehlah terus menghubungi Mohd Dzohir di talian 019-498 0230 pada bila-bila masa_

Share/Save/Bookmark

,

Lakonan Azeez Tak Menjadi

October 6th, 2009 by admin

Kalau sentuhan yang macam ni pun Azeez boleh lebam, aku tak taulah nak emaginekan lembiknya putera UMNO!!!

Kalau nak bohong pun biarlah yang pada-pada, jangan sampai  jadi orang tak boleh nak percaya. Kan lebih baik azeez tumbuk matanya sendiri sampai lebam, lepas tu barulah ngadu kat YB Salehuddin, barulah real…

KUALA LUMPUR, 5 Okt: Benarkah Ketua Putera Umno, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim telah ditumbuk oleh para penyokong PAS semasa hari pencalonan pilihan raya kecil Bagan Pinang diadakan baru-baru ini?

Laporan Azeez yang mendakwa telah ditumbuk oleh lebih kurang 10 orang penyokong PAS semasa hari penamaan calon mengemparkan seluruh negara.

Namun, dalam satu kenyataan yang diberikan oleh Ketua Penerangan PAS, Ustaz Idris Ahmad hari ini membuktikan sebaliknya.

Ustaz Idris dalam kenyataannya, membuktikan bahawa dakwaan yang dibuat oleh Azeez adalah tidak benar apabila mendedahkan tiga keping gambar yang menunjukkan situasi sebenar semasa hari pencalonan tersebut.

Image(Gambar 1: Ketibaan Azeez dan rombongan di kawasan penyokong PAS)

“Penyokong PAS dikatakan menyerang beliau ketika beliau bersama Datuk Ismail Sabri berjalan berhampiran dengan kawasan penyokong PAS yang sebenarnya menjadi kawasan larangan bagi penyokong Umno-BN semasa hari penamaan calon sabtu lalu.

“Beliau telah membuat laporan Polis pada hari yang sama dan mendakwa mengalami lebam di tengkuknya. Beliau juga dilaporkan mengalami muntah-muntah dan telah dimasukan ke Hospital sehari selepas kejadian.

Image(Gambar 2: Azeez dicuit dan disapa oleh salah seorang penyokong PAS)

“Bagaimanapun 3 keping gambar yang menunjukkan kejadian sebenar telah diterima dan mengesahkan bahawa Azeez telah berbohong. Beliau melalui kawasan penyokong PAS walaupun sudah ditegur oleh pihak Polis,”jelasnya.

Tambahnya,ketika melalui kawasan berkenaan, seorang penyokong PAS menepuk bahu beliau, bukannya menumbuk seperti yang didakwa.

“Rakaman gambar yang dibuat menunjukkan beliau hanya tersenyum dan berlalu pergi tanpa adanya sebarang aksi tumbuk menumbuk.

“PAS mahu Azeez meminta maaf kepada rakyat Bagan Pinang dan seluruh negara atas pembohongan yang beliau lakukan. PAS yakin rakyat sedar bahawa lakonan beliau kali ini hanyalah semata-mata untuk meraih undi simpati dari rakyat,”tegas beliau sambil menambah bahawa rakyat jauh lebih bijak dari pemimpin BN yang gagal membuat skrip dan lakonan yang baik semasa hari penamaan calon.

Image (Gambar 3: Azeez dan rombongan berlalu pergi tanpa sebarang insiden)

Sementara itu, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub mendakwa Azeez hanya mereka-reka cerita yang dia dipukul oleh penyokong pembangkang sewaktu penamaan calon semalam.

Salahudin berkata, Azeez telah datang menemuinya dan memberitahunya yang dia telah dipukul oleh sembilan pemuda PAS.

Katanya, sekiranya benar Azeez dipukul oleh sembilan orang, sekurang-sekurang tentu ada tanda bengkak atau cedera.

Bagaimanapun, menurut Salahuddin yang juga ahli Parlimen Kubang Krian, dia tidak nampak apa-apa kesan pada Azeez.

Malah, katanya, baju Azeez juga bersih dan tiada tanda kotor sebagai bukti berlaku pergelutan antaranya dengan mereka yang menyerangnya.

Bercakap dalam satu sidang akhbar semalam, Salahuddin menyifatkan dakwaan Azeez itu sebagai satu pembohongan untuk mengelirukan rakyat.

Sebelum ini, Azeez mendakwa dipukul dan diterajang semasa berada di tengah-tengah kelompok penyokong PAS di luar pusat penamaan calon pilihan raya kecil Bagan Pinang pagi ini.

Beliau mendakwa telah dipukul “bertubi-tubi” lebih 20 kali oleh sekumpulan individu yang tidak dikenalinya dalam suasana kelam-kabut itu.

“Yang saya tahu, lebih daripada sembilan orang kerumuni saya. Saya terima lebih daripada 20 tumbukan,” katanya ketika dihubungi oleh sebuah akhbar portal. - mks.

Sila hantar komen berita di atas ke: urespons@gmail.com

Share/Save/Bookmark

, ,

Orang Bagan Pinanag Mesti bangkit

October 2nd, 2009 by admin

E-mail Print PDF

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita11/cikgubard.jpgTELUK KEMANG
– Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (AMPT) Parti Keadilan Rakyat Badrul
Hisham Saharin (Cikgu Bard) menyeru kepada semua penduduk dan pengundi
DUN Bagan Pinang untuk bangkit menolak UMNO dan Barisan Nasional pada
pilihanraya kecil 10 Oktober depan.

 Beliau telah mendedahkan
beberapa perkara yang melibatkan penyelewengan dan salah guna kuasa
serta rasuah calon BN, Isa Samad dan kepimpinan UMNO Negeri Sembilan.

 Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ceramahnya di Markaz UPU Teluk Kemang disini, malam kelmarin.
(Gambar - Cikgu Bard dengan gaya tersendiri, menyampaikan ceramahnya)

Antara pendedahan Badrul Hisham Saharin adalah seperti berikut;

1. Ketua UMNO Bahagian diberikan kuasa membelanjakan peruntukan wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat

2. Hampir keseluruhan projek jalan dinegeri Sembilan diperolehi oleh Abang Menteri Besar Negeri Sembilan. Tuduhan dibuat oleh Datuk Ishak.

3. Undi Pos tidak telus, ayah mertuanya sendiri telah berhenti dari tentera selama 6 tahun, sudah memiliki MyKad, tetapi namanya masih ada dalam senarai undi pos

4. Menteri Besar berjanji tidak akan menswastakan air, namun berlaku penswastaan air Negeri Sembilan. Tarif air dinaikkan tetapi perkhidmatan tidak ditingkatkan. Menteri Besar diminta dedahkan salinan konsesi Jabatan Air Negeri Sembilan di swastakan

5. Bekas Exco meluluskan kepada adik beradiknya beberapa keping tanah ’pantai’ Port Dickson. Exco tersebut duduk dalam mesyuarat berkenaan.

6. Menetri Besar Negeri Sembilan menyelewengkan peruntukan untuk rakyat termiskin, untukmembesarkan dapur kediamannya, tercatat dalam Laporan Ketua Audit Negara.

6. Perbelanjaan pilihanraya, BN telah menggunakan bajet pilihanraya melebihi peruntukan, sebelum mula pilihanraya, BN telah berbelanja lebih 100,000 untuk menyewa tanah bagi menempatkan ’command centre BN’

7.Perbalahan antara parti Pakatan Rakyat demi untuk meningkat perkhidmatan kepada rakyat, manakala parti-parti komponen BN berbalah kerana merebut pangkat, kuasa dan harta


Share/Save/Bookmark

Nizar seru warga Perak buat perubahan besar-besaran

September 24th, 2009 by admin

27-4-2009-7-57-35-am_0003IPOH, 23 SEPT:Bagi Menteri Besar Perak Pakatan Rakyat Dato’ Seri Ir. Nizar Jamaluddin, Syawal ini perlu dijadikan iktibar dan persediaan untuk seluruh rakyat di Perak melakukan perubahan besar-besaran sekiranya pilihan raya negeri dibuat pada masa yang terdekat.

Kata Ahli Parlimen Bukit Gantang itu, kemelut politik dan krisis perlembagaan yang berlaku akibat rampasan kuasa pada 5 Februari 2009 telah menyebabkan Perak dilanda malang dan krisis.

“Tolaklah mereka yang terbukti mengenepikan perintah keadilan dan amanah, zalim terhadap hak rakyat, menyalahgunakan agensi kerajaan seperti SPR, SPRM, polis dan kehakiman.

“Tolak mana-mana yang berjuang di atas prinsip perkauman dan ‘assobiyah’ kerana itu tiada tempat dalam Islam.

“Nabi Muhammad menyatakan dengan jelas bahawa bukan dari kalangannya mereka yang hidup-matinya, perjuangannya kerana bangsanya atau kaumnya,” jelas Nizar dalam perutusan bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri ini.

Dalam perutusannya itu, beliau merasa pelik apabila umat Islam mengabaikan perintah Allah dan ibadat yang lain tetapi memberi keutamaan kepada amalan berpuasa.

Katanya hanya satu ayat dalam surah al-Baqarah (ayat 183) memerintah umat Islam berpuasa, tetapi dengan puluhan ayat yang mengarahkan solat dipandang sepi dan tidak ambil berat.

“Sikap begini berlaku oleh kerana sepanjang kita merdeka 52 tahun, puasa dijadikan ibadat khusus, sahur, buka, tarawih, tadarus dan raya dan tak lebih dari itu,” katanya yang juga ADUN Pasir Panjang.

Bahkan isi kandungan takbir raya itu sendiri yang turun dan diungkap oleh Nabi Muhammad pertama kalinya dalam peperangan Badar mengajak umat Islam membuat perubahan besar-besaran.

Namun malangnya takbir raya itu telah disensasikan, didayukan serta disyahdukan di kalangan masyarakat melayu sehingga hilang roh dan semangat takbir itu sendiri.

“Semangat jihad pengorbanan, kembali kepada menegak kalimah Allah dan pensucian aqeedah telah tenggelam dek kerana alunan dayu sensasi takbir raya,” katanya.

Selain itu katanya, sebagai ibadat tertua, puasa menuntut umat Islam memperolehi ketaqwaan sebagai tiket untuk bertemu dengan Allah diakhirat kelak dan tanpa taqwa ini, sesaorang itu tidak boleh mendapat pertimbangan Allah untuk ke syurga.

“Mari tolak perkauman dan terima nilai-nilai Islam dalam melaksanakan tugasan kita sebagai Khalifah dimuka bumi ini.

“Saya mewakili keluarga dan seluruh warga Pakatan Rakyat menyusun jari sepuluh memohon keampunan atas segala kesalahan dan kelemahan tempoh hari. Bertemu di Bagan Pinang!” katanya dalam perutusan tersebut. _Harakahdaily

Share/Save/Bookmark

Ceramah Anwar kurang sambutan

September 18th, 2009 by admin


SEBAHAGIAN DARI CERAMAH MENANTU ABAH , TAK KURANG DARI 100,000 ORANG YANG DATANG .

permatang-pasir_khairy01talk


Ceramah ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dua, tiga hari lalu di Bagan Pinang yang kurang sambutan, memberikan gambaran bahawa sokongan kepada BN masih lagi di tahap yang kuat, kata Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin.

Namun, katanya, BN tidak akan mengambil mudah persiapan menghadapi pilihan raya kecil DUN tersebut pada 11 Oktober ini, meskipun sudah ada petanda awal bahawa usaha parti pembangkang untuk menawannya, tidak akan berhasil.

Katanya, BN yakin akan terus mendapat sokongan padu pengundi di kawasan tersebut selepas kempen awal parti pembangkang di situ baru-baru ini tidak mendapat sambutan.

“Tetapi kita tidak akan ambil mudah, kempen kita akan bergerak 100 peratus dari sekarang dan Pemuda akan menghantar jentera agak besar, dari peringkat tempatan, Negeri Sembilan dan negeri lain,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan hari raya kepada petugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di ibunegara hari ini.

Menurutnya, hasil laporan daripada mesyuarat Badan Perhubungan Umno Negeri Sembilan hari ini yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin jelas menunjukkan jentera pilihan raya BN kini telah benar-benar sedia di setiap peringkat.

Khairy berkata, mesyuarat penyelarasan itu telah mengenal pasti beberapa strategi yang akan diguna pakai bagi kempen kali ini termasuk daripada segi penerangan, mengenal pasti pengundi dan lain-lain.

Bagaimanapun baginya, apa yang paling penting keyakinan untuk BN mengekalkan tradisi kemenangan kerusi itu adalah berdasarkan kesungguhan, komitmen, perpaduan di peringkat Umno Bahagian Teluk Kemang dan di peringkat Umno Negeri Sembilan itu amat baik bagi memiliki jentera yang kuat.

Pilihan raya kecil kawasan itu akan diadakan pada 11 Okt dan penamaan calon pada 3 Oktober. Ia diadakan berikutan kematian Azman Mohammad Noor dari BN pada 4 September lepas akibat jangkitan dalam darah.

Sementara itu, mengulas mengenai program sumbangan hari raya Pemuda Umno hari ini, beliau berkata itu adalah sebahagian daripada pendekatan turun padang yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Selain menyampaikan sumbangan kuih raya kepada petugas di IPD Dang Wangi, Balai Bomba Hang Tuah dan Unit Kecemasan Hospital Besar Kuala Lumpur, mereka turut meninjau orang ramai yang pulang ke kampung di Hentian Bas Jalan Duta.

“Bagi saya setiap sayap Umno di setiap peringkat mesti ikut jejak langkah Perdana Menteri yang sendiri telah turun ke Puduraya sampai dua kali dan tinjauan mesra di Ibu Kota ni dah banyak kali, kalau kita Pemuda Umno tidak mencontohi pendekatan Perdana Menteri maka saya rasa rakyat akan fikir Perdana Menteri seorang saja yang buat,” jelasnya.

- Bernama



CERAMAH ANWAR YANG HANYA DIHADIRI 2-3 ORANG PENGIKUT SETIANYA, JELAS TELAH DITOLAK OLEH RAKYAT MALAYSIA

RAKYAT DAH MUAK DENGAN PERMAINAN POLITIK PEMBANGKANG

RAKYAT TELAH MENGHANTAR MESEJ YANG JELAS PADA ANWAR YANG MEREKA TELAH DITOLAK

LIHATLAH HANYA RUANG KOSONG DAN KERUSI YANG MEMENUHI CERAMAH ANWAR

KAH KAH KAH . .. KAH KAH KAH . .. . detikdaily

Share/Save/Bookmark

, ,

Kroni Rosmah Terima Projek Bas PLKN?

September 18th, 2009 by admin


Sebuah syarikat milik individu yang mempunyai pertalian rapat dengan Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri Najib Razak, dikatakan bakal diberi kontrak mewah membekalkan 400 unit bas untuk Program Khidmat Latihan Negara (PLKN).

Bas-bas itu dikatakan akan dimport dari China dan dijangka memintas kepentingan pengusaha bas tempatan yang setia menampung keperluan pengangkutan peserta PLKN, sejak ia dilancarkan pada tahun 2004.

Bas-bas itu dikatakan ditempah daripada syarikat Dong Feng di China dan akan dijual kepada kerajaan pada harga RM600,000 sebuah - hampir dua kali ganda berbanding harga asal.

Difahamkan, Kementerian Kewangan yang diterajui oleh Najib mengarahkan Syarikat-syarikat Kaitan Kerajaan atau GLC untuk menyediakan dana kepada syarikat pembekal berkenaan untuk membawa masuk bas-bas terbabit dari China.

Ini kerana syarikat pembekal yang dikaitkan dengan isteri Najib itu hanya mempunyai modal berbayar RM2 pada masa ini tetapi akan mengaut keuntungan puluhan juta ringgit.

Bas 40 penumpang itu adalah mirip bas Syarikat Rangkaian Pengangkutan Integrasi Deras Sdn Bhd (RapidKL), yang beberapa ratus buah tersadai di Rawang dan Selayang.

Sumber-sumber memberitahu Suara Keadilan bahawa kerajaan akan memanggil tender rasmi untuk kontrak itu pada hujung tahun ini untuk memberi gambaran bahawa urusniaga berkenaan dijalankan secara telus.

Hakikatnya ialah segala keputusan mengenai kontrak itu sudahpun dibuat. Malah sebuah agensi perkapalan juga telah dikenalpasti oleh Kementerian Kewangan bagi menguruskan kerja-kerja logistik termasuk membawa masuk bas berkenaan dari China.

Sumber itu memberitahu Suara Keadilan, dana bagi pembelian bas berkenaan oleh syarikat terbabit akan dibiayai oleh Syarikat Prasarana Negara Berhad (SPNB) atau lebih dikenali  sebagai  ‘Prasarana’.

Sumber juga mendakwa, Prasarana telah ‘diarah’ oleh pihak atasan untuk menyediakan dana itu bagi membeli dan membekal bas berkenaan atas nama syarikat yang dikaitkan dengan Rosmah.

Prasarana adalah syarikat di bawah Kementerian Kewangan yang didaftarkan pada 11 Ogos 1998 untuk mengambil alih projek-projek pengangkutan yang gagal, dengan kelulusan kerajaan.

Syarikat itu dipertanggungjawabkan untuk menyediakan sistem pengangkutan  di Lembah Klang dan Pulau Pinang dan mengambil alih bebrapa syarikat pengangkutan lain seperti Sistem Transit Ringan  LRT, PUTRA dan juga STAR.

Dalam pada itu, seeorang pengusaha pengangkutan yang berpengalaman dalam pembinaan bas berkata pemilihan bas buatan China menimbulkan banyak persoalan.

Beliau yang enggan namanya disiarkan berkata, bas buatan China mempunyai banyak masalah teknikal selain tidak efisyen manakala kos penyenggarannya tinggi.

“Kita boleh lihat sendiri apa yang berlaku kepada ratusan bas jenis sama milik Rapid KL yang tersadai hingga menjadi besi buruk di merata Lembah Kelang. Adakah kita mahu perkara yang sama berulang?” soal beliau.

“Bagaimana pula keselamatan atau kesejahteraan anak -anak muda kita yang bakal dihantar ke kem-kem PKLN di seluruh negara menggunakan bas-bas ini?” tambahnya. - Suara Keadilan

Share/Save/Bookmark

Makluman Penting N31

September 17th, 2009 by admin

logobnmalaysia

Sila Klik Logo

Share/Save/Bookmark

Saya hampir membuang mesej ini

September 14th, 2009 by admin

Baca jika anda Ada masa untuk ALLAH.
Bacalah sehingga habis.
Saya hampir membuang email ini namun saya telah diberi keberkatan untuk membaca terus hingga ke penghujung.
ALLAH , bila saya membaca e-mail ini, saya fikir saya tidak Ada masa untuk ini…. Lebih lebih lagi diwaktu kerja.

Kemudian saya tersedar bahawa pemikiran semacam inilah yang …. Sebenarnya, menimbulkan pelbagai masaalah di dunia ini.

Kita Cuba menyimpan ALLAH didalam MASJID pada Hari Jumaat…….

Mungkin malam JUMAAT?

Dan sewaktu solat MAGRIB SAJA?
Kita suka ALLAH pada masa Kita sakit….

Dan sudah pasti waktu Ada kematian…
Walaubagaimanapun Kita tidak Ada masa atau ruang untuk ALLAH waktu bekerja atau bermain?

Kerana… Kita merasakan diwaktu itu Kita mampu Dan sewajarnya mengurus sendiri tanpa bergantung padaNYA.
Semoga ALLAH mengampuni aku kerana menyangka……
Bahawa nun di sana masih Ada tempat Dan waktu dimana ALLAH bukan lah yang paling utama dalam hidup Ku. (nauzubillah)

Kita sepatutnya senantiasa mengenang akan segala yang telah DIA berikan kepada Kita.
DIA telah memberikan segala-galanya kepada Kita sebelum Kita meminta.
RENUNGKANLAH
Sebarkan lah seandaianya ANDA BENAR-BENAR MENGHAYATI!!!

Ya aku CINTA ALLAH …

Dia adalah sumber kewujudanku Dan Penyelamatku

IA lah yang mengerakkan Ku setiap detik Dan Hari. TanpaNYA aku adalah HAMPAS yang tak berguna.

Ini adalah ujian yang mudah.

Kalau anda benar meyintai ALLAH Dan tidak berasa malu akan segala kebaikan yang telah diberi ALLAH kepada mu…
Kirimkan kepada 10 orang Dan kepada pengirim anda

Sekarang!!! Anda Ada masa kah untuk berbuat demikian?

Pastikan anda scroll hingga ke penghabisan.

Susah vs. Senang

Kenapa susah sangat nak sampaikan kebenaran?

Kenapa mengantuk dalam MASJID tetapi sebaik saja selesai ceramah Kita segar kembali?
Kenapa mudah sekali membuang e-mail agama tetapi Kita bangga mem “forward” kan email yang tak senonoh?
Hadiah yang paling istemewa yang pernah Kita terima.
Solat adalah yang terbaik….

Tidak perlu bayaran , tetapi ganjaran lumayan…

Notes: Tidak kah melucukan betapa mudahnya bagi manusia TIDAK Beriman PADA ALLAH setelah itu hairan kenapakah dunia ini menjadi neraka bagi mereka.

Tidakkah melucukan bila seseorang berkata “AKU BERIMAN PADA ALLAH” TETAPI SENTIASA MENGIKUT SYAITAN. (who, by the way, also “believes” in ALLAH ).

Tidakkah melucukan bagaimana anda mampu hantar ribuan email lawak yang akhirnya tersebar bagai api yang tidak terkawal.., tetapi bila anda hantar email mengenai ISLAM , ramai orang fikir 10 kali untuk berkongsi?

Tidakkah melucukan bagaimana bila anda mula menghantar mesej ini anda tidak akan menghantar kepada semua rakan anda kerana memikirkan apa tanggapan mereka terhadap anda atau anda tak pasti samaada mereka suka atau tidak?..

Tidakkah melucukan bagaimana anda merasa risau akan tanggapan orang kepada saya lebih dari tanggapan ALLAH terhadap anda.

Aku berDOA , untuk semua yang menghantar mesej ini kepada semua rakan mereka di rahmati ALLAH..

Share/Save/Bookmark

,

Pelantikan Mizan Hipokrasi UMNO-BN

September 12th, 2009 by admin

Pelantikan Mirzan Mahathir dalam lembaga pengarah syarikat arak, San Miguel Corp, membuktikan hipokrasi di kalangan pimpinan Umno-BN yang kononnya mengambil berat mengenai isu penjualan arak dalam negara.

Share/Save/Bookmark

« Previous Entries

RSS Feed